PRU-14 SABAH: BENAR-BENAR PESTA DEMOKRASI


Betapa menariknya jawatan Wakil Rakyat. PRU-14 Sabah telah menarik 349 calon yang mewakili berbagai parti termasuk calon bebas, malah pencacai di media sosial pun masuk gelangang merebut jawatan wakil rakyat. PRU Sabah kali ini, benar-benar menggambarkan pesta demokrasi.

PRU-14 Sabah kali ini, bukan sahaja dapat menarik ramai profesional, akan tetapi juga termasuk petani,dan mantan-mantan pesara kerajaan.

Daripada 349 calon tersebut hanya 85 calon sahaja bakal dipilih sebagai wakil rakyat, 25 ahli parlimen dan 60 ahli dewan undangan negeri.

Daripada 25 Parlimen, hanya satu parlimen berlaku satu lawan satu, iaitu parlimen Sandakan antara Bn dan DAP dan daripada 60 Dun hanya dua berlaku satu lawan satu, iaitu di Elopura antara Bn-DAP dan Dun Senallang antara Bn-PWS.

Daripada 25 kawasan Parlimen, walaupun terdapat beberapa kerusi panas, akan tetapi Bn sekurang-kurang unggul di 21 kawasan, manakala DAP satu.

Apa yang paling menarik untuk diamati pada PRU kali ini, adalah Parlimen Semporna, Dun Senallang, Parlimen Kimanis dan Dun Sindumin. Menariknya kawasan-kawasan ini kerana berlaku pertembungan antara mantan seperjuangan. Apa yang dilihat di kawasan tersebut, apa kah pengundi mengundi calon atau parti yang di wakili. Jika faktor calon, nampaknya kedudukan adalah seimbang, namun jika pengundi berasaskan parti, maka Bn mempunyai kedudukan yang lebih baik. Kerana parti Bn mempunyai kedudukan yang lebih baik, maka, kawasan-kawasan tersebut akan dimenangi Bn, meskipun dengan jumlah majoriti yang agak menurun berbanding PRU-13.

Nampaknya bagi Dun Luyang, Kapayan, Likas, Sri Tanjong, Bn mempunyai peluang tipis, manakala bagi Dun Api-Api dan Moyog, Bn mungkin melakukan kejutan.

Di kawasan pedalaman, meskipun pada PRU-13 telah berlaku sedikit tsunami KDM, namun pada kali ini, kawasan-kawasan itu bakal di sapu bersih oleh calon-calon Bn, termasuk Dun Bingkor.

Selain itu, walaupun Bn dicabar dengan sengitnya di Dun Matunggong dan Kiulu, kawasan itu bakal dimenangi Bn, demikian juga di Dun Tamparuli dan Inanam.

Meskipun PRU kali ini, cukup mencabar bagi Bn, namun membentuk kerajaan selepas pembuangan undi pada 9 Mei nanti adalah dalam jangkaun.

Tidak dinafikan, bahawa parti pembangkang akan mendapat kerusi, terutama DAP, manakala PKR kemungkinan besar kosong pada kali ini, dan bagi PWS, hanya bergantung di Dun Moyog dan Penampang. Manakala parti-parti lain, tiada peluang mendapat kerusi.



Suara Rakyat

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta