PRU 14 SABAH: KAWASAN PILIHAN DAP



Parti DAP akan bertanding 3 Parlimen dan 7 Dun pada PRU-14. Manakala PKR 6 Parlimen dan 9 Dun. Oleh kerana gabungan Pakatan Harapan itu berkolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka parti Warisan akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 Dun.

Menerusi jumlah kerusi yang ditandingi PWS baik parlimen mahupun Dun, membolehkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu mengetuai kolaborasi dua parti itu.

Dalam artikel blog ini sebelum artikel ini, penulis telah menganalisa serba sedikit berkaitan peluang PKR dalam PRU-14. Melihat kepada kawasan-kawasan yang ditandingi parti yang berlambang mata itu, nampaknya hanya DUN Moyog ada peluang untuk dimenangi.

Pada artikel ini akan dilihat kawasan-kawasan yang menjadi pilihan atau ditandingi DAP.

Bagi kawasan Parlimen, Dap akan mempertahankan Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu, manakala akan mencuba nasib di Parlimen Tenom.

Berasaskan keputusan PRU-13 Parlimen Sandakan dimenangi DAP dengan majoriti 1,088 mengalahkan calon Bn- Presiden LDP. Manakala parlimen Kota Kinabalu dimenangi DAP dengan majoriti 18,959 undi. Parlimen Tenom pula dimenangi calon Bn dengan majoriti 3,886.

Daripada tiga kawasan parlimen itu, hanya parlimen Kota Kinabalu, DAP mempunyai kelebihan atau peluang, manakala Sandakan dalam keadaan 50:50, sementara Tenom tetap akan menjadi wilayah Bn.

Apa yang perlu diambil kira bagi parlimen Sandakan, pengundi kawasan itu jarang menyokong calon yang sama untuk penggal kedua. Jika kebiasaan itu menjadi panduan, maka peluang Bn merampas kawasan itu cukup cerah.

Bagi kawasan Dun pula, DAP akan bertanding di Dun Kapayan, Luyang, Bingkor, Sri Tanjung, Likas, Elopura, dan Tanjong Papat.

Pada PRU-13 Dun Kapayan dimenangi DAP dengan majoriti 7,287, Luyang (majoriti 6,876), Sri Tanjung (majoriti 5,927), Likas (majoriti 5,652). Sementara Bingkor dimenangi STAR, Elopura Bn demikian juga Tanjong Papat dimenangi Bn.

Melihat kepada senario politik semasa, meskipun dapat mengelak pertembungan dengan PWS, kerana dua parti itu berkolaborasi, nampaknya hanya Sri Tanjong, Kapayan dan Luyang bakal dimenangi, manakala kawasan Dun lain kemenangan akan berpihak kepada Bn.


Suara Rakyat

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta