Bagi UMNO - Tiada Istilah Gula-Gula Politik



Peruntukan kewangan bagi  sesebuah parti, tidak akan datang bergolek begitu sahaja, dan selain itu, tiada masa yang ditetapkan, bila masa wang peruntukan seumpama itu boleh tersedia untuk diagihkan.

2.  Bila-bila masa, kemampuan kewangan parti tersedia, maka akan disalurkan kepada bahagian parti yang memerlukan, seperti mana peruntukan untuk 4 Bahagian Umno  berjumlah RM8juta yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, semasa merasmikan Mesyuarat Umno Zon 4 bagi mewakili Perdana Menteri.

3.  Bagi mereka yang bukan ahli atau pemimpin UMNO,  Ketua Bahagian Umno, adalah penyelaras kawasan Parlimen bagi setiap kawasan; maknanya, meliputi semua kawasan DUN di parlimen berkenaan.

4.  Dakwaan, pihak pembangkang, khususnya pemimpin DAP Encik Lasimbang, kononnya DUN Nabawan tidak tersenarai, hanya dakwaan beliau, kerana peruntukan RM2 juta bagi aktiviti politik di salurkan kepada Ketua Bahagian Umno Pensiangan, di mana DUN Nabawan termasuk dalam Parlimen tersebut.

5.  Peruntukan Kerajaan tidak sama dengan peruntukan parti. Peruntukan untuk parti, adalah bagi mengerakan aktiviti parti, sama ada menjelang pilihan raya ataupun bukan.

6.  Mengapa pemimpin DAP cemburu sangat dengan  peruntukan parti untuk aktiviti parti UMNO?  Apa kah LIM Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak memberikan peruntukan?

7.  Pemimpin pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan peruntukan kerajaan dan parti, sehinggakan mendakwa, bahawa peruntukan parti merupakan gula-gula untuk rakyat.

8.  Peruntukan parti adalah bagi memenuhi gerak kerja parti, untuk memastikan bahawa parti kekal relevan dan terus mendapat sokongan rakyat.

9.  Pemimpin parti tidak menggunakan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk pembangunan bagi rakyat, sebaliknya menggunakan dana sendiri, untuk melihat pencapaian projek-projek yang dibiayai kerajaan. Melalui kaedah demikian, maka pemimpin parti terlepas daripada dakwaan menyalah gunakan kemudahan kerajaan.

10.  Sebenarnya, pemimpin pembangkang, ketandusan isu, sehinggakan tiada lagi kemampuan membezakan antara peruntukan parti dan kerajaan.

11.  Rakyat secara umum, perlu menilai, bagai mana kepimpinan pembangkang, yang hanya tahu bercakap, walaupun apa yang dicakap menyimpang jauh daripada fakta kebenaran.

12.  Pembangkang kena ingat, bagi parti UMNO, tiada istilah gula-gula politik. Parti itu akan terus membela ahli dan penyokong serta rakyat DAHULU, KINI DAN SELAMANYA.




M. Rakunman
23.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta