Di Mana Kekuatan UMNO yang sebenar ?



Kekuatan parti Umno bukan seperti dalam Filem P. Ramlee, Nujum Pak Belalang, di mana dalam filem itu, satu teka teki yang bertanyakan di mana kekuatan “TUAH”.

2.  Kekuatan UMNO sehinggakan parti itu relevan sehingga kini, kesatuan dan bergerak sebagai satu pasukan di semua peringkat, baik di peringkat pemimpin sehinggakan ke peringkat akar umbi.

3.  Memang berlaku, cah keting dalam parti, namun keadaan itu mudah diatasi, kerana tarbiah ahli parti yang mengutamaka kebersamaan dan kesatuan.

4.  Amalan ahli parti yang berkiblat pada parti, dengan motto pemimpin hilang berganti, terlihat bagai mana ahli parti sentiasa setia kepada puncuk pimpinan semasa parti.



5.  Tindakan para mantan pemimpin parti yang melawan parti, tidak akan ke mana-mana, kerana mereka itu tidak akan disertai akar umbi parti.

6.  Kini terlihat sangat, bahawa tindakan para mantan pemimpin parti yang menyertai kubu pembangkang, hanya disokong oleh penyokong pembangkang, yang sememangpun pembangkang.

   Mereka yang bukan ahli Umno, boleh sahaja membuat berbagai dakwaan negatif terhadap parti, namun untuk diketahui, setiap dakwaan negatif pada parti menjadi pendorong kepada ahli untuk merapatkan saf, dan  seterusnya membentuk pasukan yang kukuh.                
   


M.Rakunman 
26.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta