LAWAK - Pembangkang Baru Bangun dari Tidur



Media online yang membawa cerita pemimpin pembangkang, rupanya baru terbangun daripada tidur, kerana langsung tidak mengetahui, bahawa setiap DUN atau Parlimen mempunyai peruntukan khusus tiap tiap tahun, iaitu RM1juta untuk DUN dan RM2juta untuk Parlimen.

2.  Selepas sahaja sesesuatu pilihan raya, maka bermulalah peruntukan disalurkan. Khusus untuk tahun 2017, peruntukan untuk setiap DUN telah dinaikkan kepada RM2juta, termasuk didalamnya RM300ribu sebagai program sentuhan kasih wakil rakyat.

3.  Peruntukan kerajaan bagi setiap dun selama sepenggal bermula pada Mei 2013 sehingga Mei 2017 sebanyak RM4 juta, dan apabila dicampur dengan peruntukan tahun 2017 seluruhnya berjumlah RM6juta. Manakala peruntukan untuk parlimen bermula daripada Mei 2013 sehingga kini berjumlah RM10 juta. Untuk makluman pengguna facebook palsu itu dan yang baru terbangun daripada tidur mati, bahawa sejak Mei 2013, peruntukan bagi setiap parlimen dan DUN telah mencapai RM16juta.

Peruntukan itu, tidak termasuk peruntukan yang diberikan kepada parti  sepertimana diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah bagi pihak Perdana Menteri sebanyak RM8 juta, iaitu RM2 juta setiap Bahagian Umno atau Parlimen.

4.  Kepada pengguna facebook palsu itu, apakah peruntukan berjumlah RM16 juta sejak Tahun 2013, bukan gula-gula? melainkan hanya peruntukan kepada parti merupakan gula-gula?

5.  Pembangkang cemburu, kerana tiada kemampun membela rakyat. Mereka hanya tahu membohongi dan menipu rakyat dengan janji bulan bintang.

6.  Pemimpin pembangkang seperti Adrian Lasimbang, hanya tahu bercakap, seperti tin kosong, dan kononnya melalui dakwaan berkaitan peruntukan kepada parti UMNO dengan mengatakan sebagai gula-gula, hanya ditertawakan oleh rakyat, kerana rakyat tahu, bahawa pembangkang, hanya membawa air liur masuk kampung keluar kampung, membawa dakyah fitnah dan bohong, semata-mata untuk mendapat sokongan.

7.  Hanya rakyat yang kurang siuman menerima dakyah mereka itu, kerana rakyat sebenarnya sudah celik, pembangkang, hanya tahu menabur janji, seperti mana janji parti DAP semasa tahun 2008 dan 2013, di Pulau Pinang dan Selangor, terbukti, rakyat dua negeri itu tertipu.

8.  Di kawasan-kawasan yang diwakili parti BN, kerajaan semaksima mungkin bertindak membela rakyat dan mendengar degup jantung rakyat, atas sebab itu, setiap pilihan raya sejak BN memerintah, kawasan-kawasan yang dimenangi BN, di mana wakil rakyatnya bekerja keras, sentiasa mendapat sokongan dan menang pilihan raya.

9.  Pada PRU-14 akan datang, sokongan rakyat majoriti akan berpihak kepada calon-calon BN, kerana rakyat tahu, hanya BN sahaja yang boleh membela rakyat dengan membawa pembangunan.

10.  Kalau pemimpin DAP seperti Adrian Lasimbang, tidak puas hati dengan peruntukan yang diberikan, silalah dua kali gandakan peruntukan itu dan berikan kepada rakyat. Jangan hanya tahu mengunakan air liur menabur janji. Janji anda, hanya jadi retorik, dan sesiapa yang terpancing, akan berdepan dengan mencurahkan air di tempayan.



M.Rakunman 
24.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta