Mengapa Pilih Fitnah dan Cerita Bohong?


Pemimpin politik khususnya pembangkang, percaya sangat kepada cerita fitnah dan bohong, kerana ada juga rakyat yang suka dan menerima cerita seumpama itu.

2.  Sebab utama, mengapa ada rakyat suka cerita fitnah dan bohong, kerana kadar pembacaan rakyat negara ini cukup rendah. Dengan rendahnya pembacaan itu, maka mereka kurang maklumat dan pengetahuan, sebab itu apabila mendengar cerita sensasi mereka percaya dan menerima tanpa usul periksa.

3.  Kalau diamati dimedia sosial, bukan sedikit pengguna termasuk mereka yang berjawatan baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta berkongsi maklumat salah dan maklumat berunsur fitnah.

4.  Kadar membaca bagi rakyat Sabah cukup rendah. Fenomena itu bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat biasa, akan tetapi termasuk juga pemimpin. Selama 4 tahun, penulis mengamati dan mengumpul data, terbukti daripada 10 orang rakyat Sabah dewasa, hanya 2 orang didapati suka membaca.

5.  Mungkin atas sebab, rakyat Sabah tidak suka membaca, maka ramai penulis yang berkarya, kalaupun mempunyai karya untuk dicetak, hanya mencetak antara 500-1000 naskah. Sedikitnya jumlah dicetak, kerana mereka tahu, jumlah itupun susah untuk dijual.

6.  Jika pemimpin kerajaan berdepan dengan rakyat yang terpesong oleh dakyah fitnah dan bohong pembangkang, maka mereka perlu menerima hakikat itu, kerana rakyat yang dihadapi, adalah rakyat yang  tidak celik maklumat dan ilmu. Rakyat yang dimaksudkan bukan tidak pandai, tetapi mereka tidak “update’ keadaan yang berubah begitu pantas.

7.  Cuba bayangkan cerita-cerita masa lalu yang sudah diselesaikan, khususnya berkaitan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan, apabila ditularkan semula, ramailah pengguna laman sosial membuat berbagai dakwaan tidak masuk akal. Jika sekiranya mereka itu, celik maklumat, sudah tentu, tidak sampai hati menambah dosa.

8.  Kata orang contoh mesti melalui tauladan. Bagaimana rakyat suka membaca untuk “update” maklumat dan pengetahuan, sedangkan dikalangan pemimpin pun, mempunyai piil yang serupa.

9.  Sudah tiba masanya, Ketua Menteri Sabah, setiap acara turun padang beliau, menekankan tabiat membaca, bukan sahaja di kalangan rakyat, akan tetapi juga pemimpin.

10.  Jika tabiat membaca ada pada rakyat, maka tindakan menabur fitnah dan bohong, dengan sendirinya berkurangan, dan pada masa itu, pemimpin pembangkang, termasuk berhujah berasaskan fakta, seperti mana di amalkan di negara-negara maju.

11.  Tabiat membaca selain mengatasi cerita fitnah dan bohong, akan tetapi menambah pengetahuan dan mencerdaskan minda. Fikir-fikirkan lah.        

             
M. Rakunman
19.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta