Pembalakan Terpilih (Heli Logging) - Junz Wong Berdolak Dalik !!



Memang pada Tahun 2004, pembalakan terpilih (heli logging) bagi kawasan tertentu yang dikenal pasti untuk dijadikan kawasan simpanan kekal hutan Sabah telah dibenarkan. Tujuan kepada kaedah itu, adalah untuk menampung kos pemuliharaan hutan yang dicadangkan kerajaan negeri.

2.  Oleh kerana harga kayu kayan merundum, kerana tindakan negara-negara pengimport yang berkempen melarang pengimportan kayu tropika, maka kaedah pembalakan terpilih itu dihentikan oleh syarikat yang telah diberikan kebenaran, atas sebab operasi itu tidak menguntungkan.

3.  Memang kaedah pembalakan terpilih merupakan kaedah untuk mencegah kerosakan hutan, kerana jalan-jalan balak tidak perlu dibina, cukup membina tempat pendaratan heli dan kawasan “log pond”.

4.  Menerusi pembalakan terpilih selain mudah untuk dipantau, juga menghalang kegiatan mencuri balak.

5.  Kerajaan negeri sebenarnya tidak mengeluarkan lesen pembalakan baru bermula tahun 2006. Pembalakan yang ada pada masa kini, adalah konsesi yang telah diberikan sebelum ini yang berjangka masa 100 tahun. Pun demikian, syarikat yang diberikan konsesi itu adalah dibidang kuasa Yayasan Sabah.

6.  Yayasan Sabah masih perlukan menjalankan pembalakan terpilih, mengingat obligasi agensi itu terhadap rakyat, termasuk penyajaan biasiswa, pendidikan daripada peringkat rendah hingga ke menangah, program bantuan susu percuma serta memajukan kawasan-kawasan terbelakang melalui program MESEJ dan sebagainya.

7.  Berkaitan dakwaan Junz Wong, kononnya, berlaku pembalakan terpilih bagi kawasan-kawasan yang digazetkan sebagai hutan lindung, termasuk kawasan simpanan hutan kekal seperti Lembah Danum atau Meliau Basin, sebenarnya hanya dakwaan, kerana kegiatan seumpama itu, tidak mungkin berlaku, memandangkan kawasan itu sentiasa dipantau Jabatan Hutan Sabah termasuk berbagai agensi lain, malah kawasan itu diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi sepanjang masa dengan kerjasama dengan negara-negara asing, termasuk Britin.

8.  Sebenarnya Ketua Konservasi Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan telah memberi penjelasan panjang lebar yang disiarkan surat khabar tempatan berkali-kali, berkaitan dakwaan Junz Wong, namun, ADUN Likas itu, tidak mahu menerima jawapan itu, sebaliknya, terus memutar belitkan berkaitan perkara itu.

9.  Junz Wong, sebenarnya tidak mahu menerima jawapan, sebaliknya telah membuat keputusan, akan terus menjadikan pembalakan di Sabah sebagai isu politik, kerana mereka ketandusan isu yang dialamatkan kepada kerajaan.

10.  Isu pembalakan, menurut perkiraan mereka, akan lebih mendapat sokongan daripada rakyat, kerana kewangan yang melibatkan industri itu cukup besar. Apabila mereka memainkan isu pembalakan, maka di fikiran rakyat, ada pihak-pihak tertentu mendapat keuntungan besar.

11.  Bagi Junz Wong, “do or die” akan terus memarakkan isu pembalakan, selagi beliau tidak dihadapkan ke mahkamah kerana memfitnah dan berbohong untuk mengelirukan rakyat.                      


M.Rakunman 
26.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta