KAD PENGENALAN BENTUK BARU- TIADA JAMINAN TIDAK DIPALSUKAN

Cadangan berbagai pihak, kononnya untuk mengatasi kad pengenalan palsu yang kerap dikaitkan dengan rakyat Sabah, maka satu BENTUK KAD PENGENALAN BARU dilaksanakan, dan masa yang sama KAD PENEGALAN atau MyKad  hendaklah ditarik balik.

Persoalan pertama, jika kad pengenalan bentuk baru diperkenalkan, jabatan mana yang mengeluarkan? Soalan kedua, data mana yang digunakan?

Kalau bercakap berkaitan kad pengenalan palsu, negara ini telah menukar 4 kali Kad Pengenalan, sampailah ke bentuk sekarang ini MyKad yang mempunyai “cip” penyimpan data, namun gejala kad pengenalan palsu masih berleluasa.

Satu ciri Kad Pengenalan Palsu, ianya tidak tersimpan pada pangalan data Jabatan Pendaftaran Negara. Kad Pengenalan palsu, berupa Kad Pengenalan palsu atau Kad Pengenalan orang lain digunakan oleh orang lain, ertinya, satu kad digunakan oleh  lebih seorang, hanya bezanya gambar pada MyKad itu telah ditukar.

Kad Pengenalan palsu tidak digunakan untuk sebarang urusan, kecuali hanya kad pengenalan diri seseorang yang memilikinya, untuk mengelak ditahan pihak berkuasa jika ada operasi.

Bagi mereka yang ditangkap di tempat lain selain Sabah yang didapati mempergunakan kad pengenalan palsu, mereka ini, sebenarnya ke tempat itu pada awalnya menggunakan dokumen sah seperti pasport, namun kerana dokumen itu luput tempoh masa dan mereka tinggal melebihi masa, maka mereka ini menjadi mangsa sindikit kad pengenalan palsu.

Sindikit kad pengealan palsu pada tahun 90-an, telah mencipta ramai individu menjadi jutawan segera, sehinggakan boleh membeli kereta-kereta mewah dengan siri pendaftaran satu angka.

Pendek kata, apapun bentuk kad pengenalan, sindikit pemalsuan akan terus berjalan, selagi adanya rakyat asing tidak mematuhi peraturan, termasuk tinggal lebih masa di negara ini.

Kad Pengenalan palsu, sudah menjadi barang dagangan, ertinya selagi ada permintaan, maka ada penawaran.

MyKad, bukannya punca adanya rakyat asing mempunyai kad menyerupi bentuk kad pengenalan itu, tetapi, ianya berpunca daripada adanya permintaan dan adanya petulang-petualang di jabatan tertentu kerajaan, semata-mata untuk mendapat kewangan lebih.

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta