PRU-14 : BN KENA TANGANI ISU SABOTAJ CALON SENDIRI



Pengalaman pada PRU yang lalu, ada calon-calon Bn kalah, majoriti berkurang, kerana unsur sabotaj.

Bagi mengatasi isu itu, maka Bn bercadang mengumumkan calon-calon lebih awal. Tujuannya agar  proses “memujuk” dapat dibereskan sebelum masa berkempen dan seterusnya semasa pembuangan undi.

Perlu diingat, setiap calon berpotensi mempunyai pengikut dan penyokong sendiri. Kerana pengikut dan penyokong ini, akan emosi jika pemimpin yang disokong tidak terpilih, sehinggakan ada yang terlupa perjuangan.

Sepatutnya, jika semua pihak menerima, bahawa hanya seorang sahaja boleh menjadi calon daripada sekian ramai calon berpotensi, maka tidaklah timbul pujuk memujuk, apatah lagi emosi sehinggakan menimbulkan protes.

Tindakan seumpama itu, jika berlaku hanya merugikan parti, kerana bertindak semberono, seolah-olah dunia sudah kiamat, sedangkan setiap ahli/penyokong/pemimpin mempunyai peranan masing-masing.

Kerap didapati, lawan calon Bn, hanya muncul dan dikenali kerana menjadi calon, pun demikian mendapat undi, malah menyebabkan calon Bn kalah.

Kini, banyak sangat cakap-cakap kedai kopi, jika calon ini, calon itu, tidak terpilih, maka boleh menjadikan kawasan tertentu akan hilang daripada gengaman Bn. 

Perkara seumpama ini timbul, kerana calon-calon berpotensi itu menabur janji-janji, khususnya kepada pengikut/penyokong sendiri, sehinggakan pengikut/penyokong itu terbuai dengan janji-janji itu, bukannya melihat kepada asas perjuangan. Oleh kerana tindakan seumpama ini, maka timbullah protes. Apabila protes timbul, maka proses pujuk-memujuk juga perlu. Harap-harap, menerusi proses memujuk, perahu lalu kiambang bertaut !!



MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta