PRU-14: BN MASIH PILIHAN RAKYAT



Memang diakui, PRU-14 adalah pilihanraya paling sengit.

Para pemimpin pembangkang, khususnya Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan Muhiyiddin Yassin, PRU-14 adalah peluang terakhir mereka.

Di kalangan mereka masuk kampung keluar kampung, memberi tahu rakyat, cuba mereka untuk sepenggal, jika gagal memerintah dengan baik, maka pada PRU berikutnya tukar.

Mereka mahu menjadikan rakyat sebagai bahan percubaan. Berbeza dengan Bn, tidak perlu lagi tindakan percubaan, kerana semuanya sudah teratur. Hari ini menang, hari ini juga meneruskan kerja-kerja yang telah dirancang. Manakala pembangkang, bukan sahaja masih merancang, akan tetapi bergaduh sesama sendiri, siapa jadi menteri ini, siapa jadi menteri itu, mana satu yang perlu dilakukan dahulu, mana yang kemudian.  Pendek kata, untuk 100 hari pertama, mereka sibuk bergaduh semasa sendiri.

Apabila keadaan dalam kelam kabut, rakyatlah yang rugi. Masa itu, nak kata apa lagi, nasi sudah menjadi bubur.

Permainan politik, semuanya serba berkemungkinan.  Janji-janji popular, tidak semestinya ditunaikan. Fakta membuktikan, pada PRU-2008, DAP berkata, jika menang di Pulau Pinang, maka semua tol di negeri itu dimansuhkan, tarif air diturunkan, bayaran cukai premis perniagaan diturunkan, yang berlaku, sehingga kini, semua itu tidak ditunaikan, malah tarif air sudah berkali-kali dinaikkan, cukai premis perniagaan dinaikkan, demikian juga di Selangor.

Para pemimpin pembangkang bedegar-degar menghapuskan rasuah, namun faktanya, apabila mereka berkuasa, rasuah berlelusa, dan yang sedihnya melibatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Kata peribahsa, jika bapa kecing berdiri, maka anak kencing berlari. Jika bos pengamal rasuah, sudah tentu para pemimpin lain di bawahnya juga sama.

Para pemimpin parti pembangkang, bertali arus menuduh DS Najib Razak rasuah berkaitan 1MDB, namun semua pihak berwajib di negara ini yang menyiasat berkaitan syarikat itu, seluruhnya membuat kesimpulan, bahawa DS Najib tidak terlibat sebarang salah guna kuasa.

Kepada rakyat negara ini, mana yang diterima seseorang yang telah dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah atau cerita-cerita rekaan dari mulut ke mulut, malah tulisan-tulisan di media sosial yang tidak berasaskan fakta? Kita, sebagai pengundi, perlu menggunakan akal dan fikiran, kita perlu berpaksi kepada kebenaran.

Atas sebab, majoriti rakyat negara ini masih rasional, maka pada PRU-14, Bn akan tetap menjadi pilihan mereka, kerana asas kebenaran, tidak boleh dikompromi.


MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta