Mahathir Kata Anak-Anak Beliau Kaya Raya Sebab Rajin



Pengertian rajin, sangat realtif. Laporan agensi pelancongan dunia, memberi laporan, bahawa rakyat negara ini, masa yang digunakan untuk melancong paling sedikit, sebaliknya adalah untuk bekerja. Menerusi laporan itu, maka rata-rata rakyat negara ini adalah rajin, namun mengapa mereka tidak sekaya dengan anak-anak Tun Dr Mahathir.

Kekayaan seseorang sebenarnya terletak pada peluang, dan diimbangi dengan kerajinan. Jika kerajinan sahaja tanpa peluang, sebab itulah rakyat negera ini masih tergolong M40 dan B40, malah masih ada yang berstatus miskin.

Siapa kata mereka yang yang menerima BR1M tidak rajin, malah diantara mereka itu bersengkang mata di waktu malam, berjempur dengan panas di siang hari, dimakan pacat di sawah, di gigit nyamuk di kebun, malah bertarung nyawa di bangunan-bangunan pencakar langit. Kerajinan juga ditunjukan oleh pekerja pengendali sampah, para pemandu teksi, bas, lori dan sebagainya. Mereka, rajin-rajin  belaka, mengapa tidak sekaya dengan anak-anak Tun Dr Mahathir?

Akui sahaja Tun, anak-anak Tun kaya kerana peluang dan peluang itu tidak diberikan pada orang lain. 

Jika dikaitkan dengan negeri, Sabah jadi miskin dan termundur selama era Tun jadi Perdana Menteri, khususnya pada tempoh tahun 1985-1994.  Sembilan tahun, Sabah dianaktirikan.  Bayangkan rakyat sebuah negeripun boleh dinafikan hak, apa tah lagi projek berbilion, boleh diambil pihak lain? Mesti lah diberikan menerusi kroni, kemudian kroni, pas balik pada anak-anak Tun, sebab itu lah anak-anak Tun kaya raya, bukan kerana RAJIN!!!!.



MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta