Shafie bercakap tentang kemajuan & Pembangunan - Boleh percaya ke ?



Sungguh melucukan, apabila Datuk Shafie Apdal bercakap  secara tiba-tiba berkaitan kemajuan & pembangunan ketika melawat kawasan luar bandar Sabah, sedangkan selama 22 tahun, dua perkataan itu, jauh sekali daripada bibir beliau.

Fakta menunjukkan, kawasan Semporna yang beliau wakili sejak tahun 1995, tidak beliau bangun & majukan. Malah pada tahun 2015, beliau menjadi mangsa sendiri di kawasan beliau, apabila melintas sebuah jambatan kayu di perkampungan di Semporna, beliau jatuh ke laut. Cuba bayangkan jambatan kayu yang setiap hari digunakan oleh penduduk, pun demikian dibiarkan usang.

Shafie semasa beliau masih dengan kerajaan Bn, walaupun hanya berstatus menteri, akan tetapi daripada segi dana, dana kementerian beliau berkali lipat  berbanding Bajet Kerajaan Negeri.

Dalam usaha kerajaan Persekutuan memajukan Sabah, khususnya kawasan luar bandar terutama berkaitan kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya luar bandar, maka peruntukan besar di salurkan menerusi kementerian KKLW.

Memang cara kerajaan Bn bekerja, ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.  Bagi kerajaan Persekutuan, maka berkaitan dengan projek-projek yang memerlukan peruntukan besar, manakala kerajaan negeri yang melibatkan peruntukan-peruntukan kecil, kerana kerajaan Negeri, tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup besar.

Rakyat Sabah mempunyai pengalaman selama 9 tahun, semasa era Pemerintahan PBS (1985-1994), apabila kerajaan negeri bergantung kepada pendapatan sendiri untuk membangun & memajukan negeri, akhirnya, bukan sahaja rakyat jatuh miskin, malah negeri. Pada era PBS, kerajaan Persekutuan yang ditarajui Tun Dr Mahathir, bukan sahaja menganak tirikan Sabah & rakyatnya, malah menyekat peruntukan daripada Persekutuan.

Jika benarlah, Shafie mempunyai niat memajukan & membangun Sabah, maka ianya sudah dilaksanakan semaasa beliau mempunyai kuasa, kerana masa itu, dana yang beliau kuasai cukup besar.

Kalaulah dana KKLW sebesar RM7.5bilion, semasa beliau menerajui KKLW digunakan sepenuhnya untuk pembangunan & kemajuan luar bandar Sabah, maka kemudahan seperti BALB, BELB & JLRB bukan masalah lagi bagi rakyat yang tinggal di luar bandar.

Sebenarnya, kini, terdedah, bahawa MP Semporna itu, mensabotaj kerajaan Negeri dan Bn, khususnya berkaitan pembangunan & kemajuan, supaya ianya menjadi bahan politik, apabila beliau menjadi pembangkang.

Benar juga, kini, (bukan biasa bagi beliau), apabila melawat kawasan-kawasan luar bandar, berusaha memperdaya penduduk, kononnya, jika beliau & parti beliau mendapat kuasa, maka beliau mempunyai lampu aladdin membangun & memajukan kawasan-kawasan sedemikian.  Tersirat sungguh, hujah beliau itu, hanya janji bulan bintang, kerana bukan berasaskan pertimbangan ekonomi, dan bukan berasaskan kemampuan kewangan kerajaan.

Kepada rakyat Sabah, jangan sama sekali terpedaya, hujah & janji Shafie, janji-janji itu, hanya janji-janji kosong, kerana fakta menunjukkan, meskipun beliau suatu masa lalu memegang kuasa dengan dana yang cukup besar, beliau tidak juga membela rakyat.


MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta