Bagaimana DAP Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2

Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan.

Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14.

Kalau melihat kerusi yang dimenangi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum melayu dimenangi PKR, 8, maka kawasan majoriti melayu secara kseluruhan 117, maknanya, kalau ditilik-tilik, kaum melayu boleh membentuk kerajaan Persekutuan secara bersendirian.

Berasaskan kepada fakta itulah, DAP kalau mahu menjadi tulang belakang parti yang mmbentuk kerajaan Persekutuan, perlu memecahkan undi kaum melayu sekurang-kurangnya menjadi dua kelompok, iaitu kelompok Bn (Umno) dan (PPBM, Amanah dan PKR serta Pas).

DAP yakin, akan menang 54 kerusi Parlimen kawasan cina dan kawasan campuran (jika undi kaum melayu benar-benar pecah).

Membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112, ertinya DAP hanya perlu 58 kerusi parlimen yang disumbangkan oleh PPBM, PKR dan Amanah.

Melihat Saf kepimpinan Pakatan Harapan, dimana top gun adalah melayu, Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan Dato Wan Aziziah Ismail (isteri Anwar), menunjukkan, strategi DAP benar-benar menjadi ikutan.

DAP hanya mempunyai matlamat membentuk kerajaan Persekutuan. Melalui strategi memecah undi kaum melayu, maka DAP akan bertindak, jika parti Pas masih tidak bergabung dengan pakatan Harapan, maka akan mendesak, membiarkan parti berlogo bulan itu, bertembung satu lawan satu dengan Bn di negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan, dengan persetujuan, parti PAS pula bersetuju kebanyakan calon-calon Pakatan Harapan akan bertembung satu lawan satu dengan Bn di Peringakat Parlimen.

Rakyat negara ini, akan menjadi pengadil, jika pada PRU-14, parti Pas tidak meletakan 140 calon di 140 kawasan parlimen, ertinya, DAP telah berjaya memperkudakan parti itu, bagi mencapai starteginya.

Jika itu berlaku, maka DAP khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, bukan sahaja dapat memperkudakan parti-parti kaum melayu, akan tetapi dapat menjadikan para pemimpinnya seperti kerbau dicocok hidung.

Sebenarnya pemimpin Pakatan Harapan, seperti Mahathir dan Anwar menyedari perkara itu, akan tetapi demi tujuan peribadi, mereka sanggup melaksanakannya.

Kalaulah menjadi kenyataan bahawa negara ini, diperintah dengan mempertunjangkan DAP, maka bersiaplah menjadi rakyat kelas kedua.

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta