Peruntukan ??? Shafie Apdal, anda sepatutnya malu dengan DIRI SENDIRI




Hakikat yang patut diketahui rakyat, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak, bahawa peruntukan yang disalurkan melalui KKLW cukup besar. Sebagai contoh bajet tahun 2017, KKLW menerima RM10bilion, separuh daripada bajet itu diperuntukan kepada Sabah dan Sarawak.

Bayangkan setiap tahun tidak kurang RM5bilion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Jika dibahagi duapun, maka setiap tahun Sabah menerima RM2.5bilion.  Jumlah  itu, merupakan 66% berbanding Bajet Negeri Sabah. Bajet negeri adalah bajet menyeluruh, bukan seperti bajet KKLW yang khusus untuk penyediaan kemudahan luar bandar dan wilayah.

Kalau dikira sejak Datuk Shafie Apdal menjadi menteri KKLW, maka tidak kurang RM11.5bilion diperuntukkan untuk Sabah. Persoalannya ke mana wang sedemikian banyak dibelanjakan?

Pada Sabtu, di Batu Sapi Sandakan, Menteri KKLW yang menggantikan Shafie mengumumkan RM60juta bagi projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) bagi Pulau Timbang. Seharusnya BALB itu sudah selesai semasa Shafie masih menteri !, Ini tidak, terpaksa bukan pemimpin Sabah yang merealisasikan kemudahan itu.

Rakyat Sabah secara pada umumnya perlu mengambil iktibar, bagai mana kepimpinan Shafie. Peluang yang ada beliau untuk membela rakyat disia-siakan, sebaliknya, membiarkan rakyat secara umumnya menderita.

Bagaimanakah rakyat Sabah boleh menaruh harap untuk dibela Shafie?
Kalaulah parti Warisan Sabah disokong dan menubuhkan kerajaan negeri, rakyat bukannya terbela, akan tetapi memberi peluang kepada beliau memperkaya diri sendiri.

Seharusya, Shafie merasa malu, apabila kawasan yang sepatutnya beliau bela, seperti Batu Sapi, terpaksa menunggu pemimpin lain untuk membela kawasan itu.



Tidak membela kawasan seperti Batu Sapi, bukannya contoh mutlak, sebabnya kawasan yang beliau wakili pun yaitu Semporna, lebih 20 tahun, tidak juga beliau bela. Malah satu masa lalu, beliau merasakan pengabaian itu, apabila beliau jatuh ke laut semasa melalui jambatan usang di perkampungan atas air di kawasan yang beliau wakili.

Bagaimana kawasan lain, mengharapkan pembelaan? Jika kawasan yang diwakilipun tidak dibela!!!! Atas sebab itu, rakyat Sabah, jangan sama sekali, terpengaruh apa sahaja bentuk dakyah daripada Presiden parti Warisan Sabah itu.



Musran Rakunman
30 JULAI 2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta