Kenyataan Akhbar JJ Loretto berkaitan Pati di Sabah


1.  Malang sungguh, apabila seseorang yang berstatus peguam, tidak mengambil kira sejarah kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah.

2.  Kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah bermula sejak sebelum Sabah merdeka lagi, dan semakin meningkat apabila sektor peladangan, perikanan dan pembinaan semakin rancak, khususnya pada tahun 70-an.

3.  Kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah tertumpu di kawasan sempadan, termasuk pulau-pulau.

4.  Jika diambil data statisk, pendatang tanpa izin di Sabah yang teramai adalah daripada Indonesia dan diikuti Filipina. Statistik juga menunjukkan, bahawa majoriti pendatang itu adalah mereka yang mencari kehidupan, kerana  mereka itu kebanyakannya adalah tenaga buruh.

5.  Kalau mengadili data statistik itu, kedatangan PATI ke Sabah, sebenarnya didasari mencari kehidupan, bukannya didasari politik atau ada hubungan dengan status Sabah dalam perlembagaan Filipina.

6.  JJ Loretto tidak bercakap berasaskan keadaan sebenar, berkaitan kemasukan PATI ke Sabah, dan kenyataan Setiausaha Agung Parti Warisan itu semata-mata kenyataan politik dan berunsur mengelirukan rakyat, khususnya generasi muda.

7.  Kalaulah dikira, jumlah PATI di negara ini seramai 6 juta dan kebanyakannya berada di Semenanjung, maka dengan sendirinya kenyataan JJ Loretto itu tiada asas, jika dikaitkan dengan Status Sabah dalam Perlembagaan Filipina.

8.  Di Semenanjung, PATI yang teramai adalah Bangladesh dan Myanmar, jika dikaitkan dengan kenyataan Setiausaha Agung parti Warisan itu,  bahawa kemasukkan PATI kerana ada hubungan dengan status politik, maka dengan sendirinya terjawab melalui membanjirnya Bangladesh di Semenanjung, telah menjawab kenyataan akhbar itu, bahawa kemasukkan PATI bukan kerana politik, akan tetapi peluang pekerjaan atau mencari kehidupan.

9.  Demikian juga di Sabah, kerana data statistik PATI kebanyakkan daripada Indonesia, sekali gus menepis dakwaan, bahawa kedatangan PATI berkait rapat dengan Status Sabah.

10.  Sebagai seorang peguam, Setiausaha Agung parti Warisan itu, memasukkan dirinya kepada keadaan yang tidak berpengetahuan berkaitan undang-undang, kerana telah jelas, bahawa dunia telah mengikitraf Sabah adalah wilayah Malaysia, dan negara ini merupakan negara berdaulat. Dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setiap anggota pertubuhan itu, adalah negara berdaulat, dan jika ada negara lain menuntut wilayah sesebuah negara seperti mana kedudukan Taiwan dengan RRC, ianya hanya status dalam negara RCC, tidak berlaku di peringkat dunia.

11.  Kenyataan akhbar JJ Loretto tidak disokong fakta lapangan di Filipina, kerana di negara itu, tiada anggapan bahawa Sabah merupakan wilayah negara itu, kecuali segelintir rakyat negara itu, seperti Nur Misuari yang ada hubungan politik dengan pemimpin politik  tertentu di Sabah yang membuat dakwaan bahawa Sabah adalah milik negara  Filipina.

12.  JJ Loretto patut merujuk terlebih dahulu kepada Presiden beliau, apa hubungan beliau dengan pemimpin pemberontak Filipina seperti Jamalul kiram dan Nur Misuari.  Pencerobohan Tanduo Lahad Datu, sebenarnya ada hubung kait dengan pemimpin politik di Sabah, tujuaannya untuk “undermind” kestabilan politik Sabah, khususnya kepimpinan Datuk Seri Musa Aman.                      

Musram Rakunman
29 Julai 2017⁠⁠⁠⁠



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta