UMNO Terdesak - Adakah Hanya Persepsi?



PRU-14, kurang setahun lagi. Pada masa ini, keadaan serupa sebelum PRU-13 yang diadakan pada Mei 2013. Parti Barisan Nasional dan Parti pembangkang berlumba-lumba mendapatkan sokongan rakyat.
Berhadapan dengan PRU-14, Bn membawa bersamanya keputusan PRU-13, iaitu 133 kerusi Parlimen dengan 48 peratus pengundi, manakala pembangkang dengan 89 kerusi dengan 51% pengundi.


Pendekatan Bn berdepan dengan PRU-14, berbeza sedikit dengan pendekatan berdepan dengan PRU-13, kerana kali ini, Bn lebih fokus kepada melayu/bumiputera.


Dato Seri Najib telah mengambil iktibar pendekatan kepada kaum cina dan pengundi bandar semasa berhadapan dengan PRU-13, tidak membuahkan hasil, kerana terbukti, Bn tidak menambah kerusi di kawasan yang dimaksudkan, malah Bn kalah 7 kawasan parlimen berbanding keputusan PRU-12.


Berdepan dengan PRU-14, sudah tentunya parti tunjang kerajaan Bn, parti Umno bukan sahaja mahu mempertahankan 88 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU-13, akan tetapi mencuba merampas semula kawasan-kawasan tradisi yang ditawan pembangkang pada PRU-13, seperti Parlimen Bukit Katil, Batu Pahat dan Temerloh.


Di atas kertas, dua kawasan parlimen yang dimenangi Bn pada PRU-13, iaitu Semporna, Sabah dan Pagoh, Johor , berstatus 50-50, ertinya, kawasan itu boleh dipertahankan atau sebaliknya.  Jika kawasan itu, tidak mampu dipertahankan, maka kemenangan di parlimen Batu Pahat, Bukit Katil atau Temerloh, diperlukan, bagi mempertahankan jumlah kerusi parti tunjang itu di Dewan Rakyat.


Menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, sesebuah parti hanya memerlukan 112 daripada 222 keseluruhan kerusi parlimen. Melihat keupayaan parti Umno mempertahankan 88 kerusi parlimen, dan keupayaan Bn Sarawak mempertahankan 25 kerusi parlimen,  sudah mencukupi bagi parti Bn mempertahankan Putrajaya.  Jumlah kerusi bagi Semenanjung dan Sarawak untuk Bn berjumlah 113, dan apabila ditambah dengan kerusi Sabah, maka jumlah 133 kerusi yang dimenangi pada PRU-13, bukan jumlah yang mustahil untuk dicapai.


Memang benar, senario politik semasa berbeza dengan PRU-13, kerana semasa berdepan dengan PRU lalu itu, pengundi melayu/bumiputera “solid” bagi parti Bn, khususnya untuk parti Umno dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.


Keadaan politik semasa, semacam tidak menentu, apabila gugusan Felda dapat ditembusi parti pembangkang, khususnya oleh parti tajaan Tun Dr Mahathir. Gususan Felda adalah penyumbang utama kepada kerusi-kerusi yang dimenangi Umno.


Di atas kertas, jikapun, parti pembangkang boleh menembusi gugusan Felda, paling tinggipun, antara 5-6 kerusi, maknanya, kerusi yang bakal dimenangi Umno berlegar-legar pada jumlah 83-84. Menerusi jumlah itu, sudah memastikan, bahawa Putrajaya tidak bakal diduduki pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir.


Diperkirakan, berasaskan senario politik semasa, keputusan PRU-14, masih berpihak kepada parti Bn, dan paling malangpun bagi gabungan 13 parti itu, akan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah dengan jumlah kerusi 125 daripada 222 yang dipertandingkan.
Jika ada persepsi, bahawa parti Umno terdesak, ianya hanya satu anggapan, bukannya berasaskan fakta lapangan.


M.Rakunman 
27.07.2018

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta