Hancurnya Kapal Harapan Palsu


Karma, mengejar Tun Dr Mahathir. Kerana karma itu, maka penyebab Pakatan Harapan tenggelam.
Destinasi yang diimpikan PKR dan DAP adalah Putrajaya, namun kerana berkawan dengan Tun Dr Mahathir, maka impian dua parti itu, pudar dan sirna.

Pada PRU-14, DAP tidak bakal menang 38 kerusi parlimen lagi, demikian juga PKR tidak bakal menang 30 kerusi lagi, mungkin berulang PRU-2004, PKR bernasib baik menang satu kerusi di Parlimen Permatang Pauh.

Parti Amanah, janganlah bermimpi, mampu menang, kerana tiada isyarat langsung bahawa penyokong parti Pas akan mengundi calon-calon Amanah.

DAP dan PKR kena ingat, kemenangan banyak kerusi pada PRU-12 dan 13, kerana sumbangan ahli dan penyokong PAS. Dua parti itu, tidak akan mendapat undi, seperti masa bersama parti Pas, sebabnya, kawan barunya, PPBM dan Amanah, hanya parti melukut ditepi gantang.

Tidak keterlaluan, pada PRU-14, DAP maksima akan menang 28 kerusi, 
PKR di bawah 10, manakala PPBM 
dan Amanah kosong.

PRU-14 akan mengembalikan kedudukan BN dengan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.
Mengapa pengundi negara ini kembali menyokong BN, sebabnya, rakyat tidak mahu tenggelam bersama Pakatan Harapan, dengan LOGO jelmaan ROKET.

Tidak dinafikan, bahawa calon-calon Pakatan Harapan mendapat undi, namun undi itu tidak dapat diterjemahkan melalui kerusi. Kerusi gabungan 4 parti itu, hanya diperolehi di kawasan-kawasan super majoriti cina.

Nampak gayanya, Pakatan Harapan pada PRU-14, 
hanya menang sorak, tetapi kampung tergadai.

Artikel asal : 

M.Rakunman

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta