Infra Untuk Rakyat atau Kroni?



Kalau nak tahu, projek Tun Dr Mahathir Mohamad 'google' sahaja, AFS tak nak komen, sebabnya menyakitkan hati. AFS hanya minat projek yang dilaksanakan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebabnya seluruhnya untuk rakyat.

" MRT-Untuk penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang (Selangor), Pan Borneo- penduduk Sabah & Sarawak, ECRL untuk penduduk Pantai Timur Semenanjung, ETS untuk penduduk Pantai Barat Semenanjung, ertinya apabila seluruh projek yang dilaksanakan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, seluruhnya meliputi rakyat Malaysia, maknanya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri membela suluruh rakyat Malaysia, daripada Barat-Timur-Utara-Selatan,malah menyebarang Lautan China Selatan. "

Lagipun semua projek itu, boleh ditumpangi oleh seluruh rakyat negara ini, kalau penduduk Sabah ke Kuala Lumpur boleh naik MRT, kalau ke Pahang boleh naik ECRL, demikian juga penduduk Semenanjung kalau ke Sabah dan Sarawak boleh guna Pan Borneo.

Melihat kepada projek-projek yang dilaksanakan kerajaan di bawah Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, memang untuk seluruh rakyat, sebab itu Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak mengatakan, salah satu projek itu, iaitu MRT adalah hadiah untuk rakyat.

Yakinlah pembangunan infra tidak pernah berhenti, suatu masa nanti, projek seperti MRT akan juga sampai ke Sabah dan Sarawak. Tunggulah masa itu. Untuk mencapai semua itu, maka kerajaan BN, perlu diteruskan, kerana telah menggariskan semua perancangan untuk membina keperluan infra untuk rakyat.

Artikel Asal : Anti Fitnah Sabah




Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta