5 pisau tajam yang "menikam " setiap jantung rakyat Sabah !



Rakyat Sabah yang telah melalui pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, pasti tidak akan mampu melupakan kesedihan dan kesusahan akibat tindakan mantan Perdana Menteri itu. Beliau memperkosa alam demokrasi kita, projek IC, penekanan pada kewangan negeri, penggiliran jawatan Ketua Menteri, semuanya itu memporak perandakan pentadbiran negeri, menyekat autonomi kita menyerupi 5 pisau tajam menikam setiap jantung rakyat Sabah. Adalah lebih menyakitkan jikalau kita membenarkan keadaan demikian berulang kali kedua.

Semenjak dipecat daripada jawatan menteri, Shafie bergelomang dengan penafian. Dan tindakan sindrom penafian beliau menjadi-jadi apabila dipaksa keluar daripada Umno kerana terlibat menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Parti walaupun beliau sedar isu-isu putar belit yang dibawa pembangkang dan mempunyai kuasa penuh dalam kementerian beliau untuk membawa pembangunan kepada Sabah.

Bagi tujuan menjaga ego beliau sendiri dan untuk mengembalikan masa kegemilangan beliau, Shafie langsung tidak memperdulikan taraf kehidupan rakyat Sabah. Beliau sanggup bekerjasama dengan musuh utama majoriti rakyat Sabah; Mahathir. Sepatutnya beliau mengakui Mahathir adalah pemimpin utama beliau di Sabah dan pemimpin utama politik pembangkang di Malaysia; sebaliknya Shafie memuji dirinya dan mengangkat dirinya sendiri sebagai benteng pembangkang di Sabah.



Beliau memberitahu rakyat sabah beliaulah pemimpin utama Sabah dan pembela kepada rakyat Sabah, beliau juga mengaku mendapat sokongan daripada parti-parti pembangkang Sabah untuk menentukan nasib sendiri samada menang atau kalah pada PRU-14, tetapi faktanya, beliau dibawa pengaruh Mahathir.

Sungguh mengejutkan kenyataan mahaguru beliau hari ini. Shafie, sebenarnya, tidak lain tidak bukan merupakan boneka dalam skim ciptaan Mahathir.

Mahathir masih dalam alam fantasi. Beliau benar-benar memberikan makna pada perkataan INDISPENSABLE. Akan tetapi rakyat Sabah dan majoriti rakyat Sabah, TIDAK AKAN DAPAT MELUPAKAN 5 tindakan jenayah yang dilakukan Mahathir.


sumber  :  SabahTalk

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta