Lawatan Ke Rumah Putih, Pelaburan KWSP & Beli Pesawat Boeing



Pihak pembangkang, sungguh asyik membuat berbagai dakwaan terhadap lawatan Perdana Menteri ke Rumah Putih (Atas jemputan Donald Trump), cadangan KWSP menambah pelaburan dan pembelian pesawat boeing oleh MAS.

2.  Pembangkang sama sekali, tidak mahu merujuk, bahawa sebaik sahaja Donald Trump menjadi Presiden Amerika, beliau telah menyenaraikan Malaysia, sebagai negara yang perlu disekat perdagangan, kerana negara itu mengalami defisit perdagangan dengan Malaysia.

3.  Amerika membeli produk Malaysia bernilai AS80bilion, manakala Malaysia hanya mengimport AS50bilion, makna kata, defisit bagi Amerika sebesar AS30bilion.

4.  Cuba bayangkan berapa  banyak syarikat dan pekerja Malaysia akan menjadi mangsa, jika Amerika mahu bahawa perdagangan antara ke buah negara perlulah seimbang, dengan erti kata, import-eksport.

5.  Perdana Menteri bertindak premtive, sebelum Amerika mengenakan sekatan perdagangan, maka beliau bertindak, membuat susualan berkaitan keputusan Syarikat Penerbangan Negara (MAS) yang telah pun menandatangi perjanjian dengan Boeing untuk membeli 50 pesawat 737 Max10 pada tahun 2016, selain itu syarikat itu telah mengumumkan akan membeli 30 Boeing 787 pada awal tahun 2017.

6.  Berkaitan cadangan KWSP menambah pelaburan ekuti di Amerika antara RM3-RM4bilion, merupakan tindakan tambahan kepada pelaburan berjumlah AS7bilion yang telah dilaburkan di negara itu sebelum ini. Mengapa KWSP mahu meneruskan pelaburan di luar negara, khususnya Amerika? sebabnya pulangan lebih tinggi kepada kumpulan wang simpanan pekerja itu.

7.  Penyimpan untuk Hari Tua itu, telah membandingkan, daripada RM704 bilion dana pencarum yang diamanahkan kepada agensi itu di mana 71% dilaburkan di pasaran domestik hanya menyumbang RM16.47bilion dengan purata tahunan pada kadar 3.3%, manaka 29% pelaburan di luar negara menyumbang RM10.53 bilion dengan purata tahunan pada kadar 5.2%.

8.  Melihat kepada peluang yang ada itu, telah menyebabkan panel pelaburan KWSP telah memansuhkan sekatan 30% pelaburan pencarum untuk luar negara, sebaliknya telah membenarkan bahawa pencarum boleh melabur 100% di luar negara.

9.  Pertimbangan panel pelaburan KWSP semata-mata untuk kepentingan pencarum, agar dividen yang diterima mengikut masa dapat melangkaui kadar inflasi.

10.  Besarnya dana yang dipegang KWSP, iaitu 41.4% berbanding market captialization Bursa Malaysia yang bernilai RM1.7trilion untuk seluruh syarikat yang tersenarai,  menunjukkan, bahawa agensi itu, melabur di luar negeri bukanlah satu pilihan lagi, akan tetapi satu keharusan.

11.  Apa yang perlu diketahui, cara KWSP melabur, bukan berasaskan kepada spekulasi, akan tetapi berasaskan kepada ekuti sesebuah entiti yang terjamin pulangannya.

12.  Pembelian pesawat oleh Mas yang bernilai antara AS10-AS20 bilion, merupakan pelaburan syarikat itu dalam masa jangka panjang, demikian juga cadangan pelaburan KWSP dan Khazanah bernilai antara AS3-AS4 bilion merupakan pelaburan jangka panjang, dan bersifat one-off. Cuba bandingkan dengan lebihan dagangan antara Amerika dan Negara ini yang berlegar-legar pada angka AS30bilion setahun!!!, dalam 5 tahunpun sudah menjadi AS150bilion!!!!. Fakta inilah yang disembunyikan Pembangkang daripada rakyat, mengapa Perdana Menteri mendahulu masa, apabila bertindak menyusul keputusan MAS, KWSP dan Khazanah.




M.Rakunman
16.09.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta