Isu sampah Di Semporna

MDS Gagal memungut sampah yang terlonggok selama 3 hari di Jalan Pekan Baru Semporna.

Benar isu sampah merupakan tugas kerajaan-kerajaan tempatan, iaitu Majlis Daerah. Majlis Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Sampah bukannya disebabkan oleh Majlis Daerah, akan tetapi oleh penduduk yang tinggal di kawasan majlis daerah. Apa yang malang lagi, sampah juga kontribusi daripada penduduk yang melawat ke kawasan Majlis Daerah, khususnya daerah pekan.

Mengapa sampah menjadi masalah besar Pekan Semporna? sebabnya, kawasan itu didiami rakyat yang kurang maju. Sebenarnya, sampah ada hubung kait dengan kemajuan rakyat. Semakin maju rakyat, maka masalah sampah dengan sendirinya berkurang. Demikian juga, semakin mundurnya rakyat, maka sampah akan menjadi masalah besar.

Pegawai Daerah dan kaikitangan Majlis Daerah tidak akan dapat berbuat banyak, meskipun ribuan tong sampah disediakan, atau setiap saat, ada petugas membersihkan sampah, kerana jumlah pembuang sampah 100 kali ganda berbanding pembersih sampah.

Longgokan sampah berhampiran Giant tidak dikutip oleh MDS
dan dibiarkan sahaja oleh ADUN


Jikalau Datuk Shafie Apdal yang menjadi wakil rakyat Semporna sejak Tahun 1995, mempergunakan kapasiti beliau, termasuk 20 tahun dalam kabinet dan 11 sebagai menteri persekutuan memajukan rakyat Semporna, maka sampah tidak akan menjadi isu, kerana kemajuan penduduk atau rakyat mempunyai hubungkait yang positif terhadap sampah. Semakin maju rakyat, semakin tinggi kesedaran berkaitan pembuangan sampah. Semakin mundurnya rakyat, maka semakin ramai rakyat membuang sampah merata tempat.

Aziz Jamman berhujah, tidak menggunakan ilmu, melainkan hujah kedai kopi. Bagai mana pemimpin seumpama ini memberi alternatif kempimpinan? sedangkan fikirannya serupa dengan Presidennya yang mengabaikan kemajuan Semporna lebih 20 tahun!!!!                       



M.Rakunman
06.09.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta