RCI Kerugian Bank Negara - Menjawab Hipotesis Tun Mahathir Nyanyuk



Meskipun Laporan Panel RCI Kerugian Bank Negara belum dimuktamadkan, apa yang pasti menerusi pendengaran RCI itu, hipotesis yang hendak dibuktikan sudah terjawab. Hipotesis yang perlu dijawab  itu adalah: Tun Dr Mahathir Nyanyuk.

Cuba kita bertanya pada diri kita sendiri, apa yang diharapkan pada seseorang yang nyanyuk?

Menerusi pendengaran RCI itu, di mana Tun Dr Mahathir merupakan saksi ke-2 terakhir,  telah menghasilkan satu #tag = TAK TAHU. Sebenarnya, #tag itulah yang dicari oleh RCI itu, kerana #tag itu mempunyai nilai politik yang amat tinggi.

Dari segi apa kah #tag TAK TAHU bernilai tinggi dalam politik?  Begini ceritanya:- Tun Dr Mahathir merupakan PEMIMPIN UTAMA pembangkang masa ini, selain Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Daripada tiga pemimpin itu, seorang sudah pasti berkedudukan nyanyuk.  Status nyanyuk dengan sendirinya menjawab, apapun tindakan mantan Perdana Menteri itu, TIADA NILAI lagi, kepada mereka yang masih rasional, kecuali pada mereka yang sebaliknya, dan berstatus sama dengan Perdana Menteri ke-4 negara itu.

Kepada mereka yang masih menaruh harap kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir, perlu menimbang semula keputusan itu, kerana anda telah mendengar sendiri, kedudukan mantan Perdana Menteri itu.

Seorang yang berusia 92 tahun,  faktor usia, menyumbang kepada segala-galanya, termasuk nyanyuk.  Anda telah mendengar, melihat sendiri, bagai mana mantan Ketua Audit Negara- Tan Sri Ishak Tadin yang berumur 85 tahun, tidak tergunapakai kesaksiannya atau kenyataannya, kerana faktor “ short memory”  atau dalam bahasa kasarnya nyanyuk.

Penulis tidak bermaksud memberi pandangan berkaitan penubuhan RCI Kerugian BanK Negara tahun 90-an, dan tidak bercadangpun mahu mengetahui laporan yang akan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Agong. Sebabnya, penulis daripada awal-awal lagi menganggap bahawa penubuhan RCI itu semata-mata untuk membuktikan Hipotesis : Tun Dr Mahathir Nyanyuk.




M.Rakunman 
21.09.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta