PRU14 - Antara Isu dan Mengurus Pengundi

Datuk Seri Musa Aman di Long Pasia suatu waktu dahulu

Isu boleh dimainkan melalui ucapan pada sesuatu perjumpaan, melalui siaran akhbar, melalui muat naik di media alternatif atau kumpulan media sosial. Kaedah seumpama ini, hanya kaedah rambang dan tiada kepastian berkaitan keberkesanannya.

2.  Memang diakui menjelang PRU 2008 di negara ini, isu yang dimainkan media alternatif agak berkesan, namun selepas itu, isu yang dibawa  media itu tidak lah sekuat menjelang PRU 2008.

3.  Pilihan raya Singapura pada Tahun 2015, Pilihan Raya Sarawak Tahun 2016, Pilihan Raya Presiden Amerika pada Tahun 2016, serta pilihan Raya United Kingdom pada awal Tahun 2017, menunjukkan bahawa  isu yang di bawa  media alternatif kurang berimpak pada pilihan-pilihan raya tersebut. Mengapa? jika menurut analisa media termasuk media alternatif  pilihan raya Singapura, kedudukan People Action Party, parti yang memerintah Singapura sejak merdeka akan kehilangan banyak kerusi kepada People Workers Party- parti pembangkang negera itu, namun selepas pilihan raya itu, PWP kalah teruk. Demikian juga pada pilihan raya negeri Sarawak, jika menurut media alternatif, termasuk kajian-kajian pusat-pusat tertentu, parti Barisan Nasional bakal kehilangan banyak kerusi, malah kuasa 2/3 parti Barisan Nasional Sarawak di DUN negeri itu terancam, namun selepas pilihan raya itu, bukan sahaja Bn Sarawak berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan kuasa 2/3, malah parti-parti pembangkang mengalami kekalahan teruk.  Demikian juga, analisa media dan media alternatif serta pusat-pusat kajian berkaitan pilihan raya Presiden Amerika, di mana menerusi laporan dan kajian, Hillary Rodham Clinton bakal menang mudah ke atas Donald Trump, namun keputusan pilihan raya itu adalah sebaliknya.

4.  Contoh terakhir analisa media termasuk media alternatif dan pusat-pusat kajian terbukti auta, adalah menerusi pilihan raya United Kingdom. Sebelum Perdana Menteri negera itu, Theresa May membubarkan parlimen, beliau terpengaruh dengan laporan dan kajian pusat-pusat pengumpul suara di negara itu, bahawa party May akan mudah menang termasuk menambah jumlah kerusi jika diadakan pilihan raya mengejut, namun kesudahannya, parti May kehilangan majoriti, malah menyebabkan parlimen tergantung.

5.  Mengingat kepada fakta-fakta itu, kemenangan dalam pilihan raya, bukan ditentukan oleh isu-isu yang dimainkan oleh media atau hasil kajian pusat-pusat tertentu, akan tetapi, sangat bergantung kepada sentuhan peribadi menerusi pengurusan pengundi. Perdana Menteri Singapura, Lee Siang Liong mengakui, bahawa sentuhan langsung melalui turun padang untuk mengurus pengundi adalah faktor utama PAP menang besar dalam pilihan raya negara itu.  Demikian juga di Sarawak, impak kepada sentuhan peribadi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem menerusi turun padang, memperlihatkan keputusan yang cukup baik bagi parti Barisan Nasional Sarawak.

6.  Di Sabah, jika melihat kepada keputusan PRU-13, calon-calon Bn yang mengamalkan sentuhan peribadi dan kerap turun padang,  bukan sahaja berjaya mempertahankan kawasan akan tetapi telah menambah undi majoriti, bertolak belakang dengan calon-calon Bn yang tidak mengamalkan sentuhan peribadi, malah hanya terperuk di Ibu Negeri, kalaupun turun padang, hanya pada acara-acara rasmi atau acara perayaan. Sebagai akibatnya, bukan sahaja ada yang tewas, malah yang menang kehilangan majoriti yang cukup ketara, dan ada juga yang menang, kerana faktor pertembungan berbagai penjuru, walaupun daripada segi undi popular, mereka yang menang itu, tiada undi popular.

Najib Tun Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kiri) ketika
merasmikan jambatan baru di Kampung Inobong, Penampang pada tahun 2013

7.  Mengambil iktibar kepada keputusan PRU-13 itu, Pengerusi Barisan Nasional Sabah yang  juga Ketua Menteri- Datuk Musa Aman, menekankan kepada semua wakil rakyat barisan Nasional, agar mengutamakan sentuhan peribadi, atas sebab itu, kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi maksud aktiviti sentuhan peribadi kepada setiap wakil rakyat Barisan Nasional.

8.  Menerusi sentuhan peribadi, para wakil rakyat atau bakal-bakal calon dapat mengurus pengundi atau rakyat dengan lebih saksama, selain dapat  meneutralisasikan sebarang isu negatif yang dilemparkan kepada kerajaan atau pemimpin secara langsung.

Berdepan dengan PRU-14, adalah diyakni, parti mana, di mana pemimpinnya mampu mengurus pengundi, akan keluar sebagai pemenang. Sebabnya, parti pembangkang walaupun kerap keluar masuk kampung, tetapi hanya mampu membawa air liur dan janji bulan bintang.

     
              
M.Rakunman 
2.09.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta