PRU 14: APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PARTI PARTI POLITIK DI SABAH ?



Gabungan Sabah menuntut hak hak dan otonomi negeri Sabah.

Warisan menuntut "ubah Sabah."

DAP, PKR dan lain lain parti serpihan mahu membela Sabah.

Barisan Nasional memperjuang-
kan kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah.

Laungan Gabungan Sabah berpandukan kehilangan hak hak,  keistimewaan dan otonomi orang Sabah.

Konon nya semua hak hak, keistimewaan dan otonomi sudah hilang.

Warisan pula melaungankan Sabah mahu diubah.

Kalau dikaji cara Gabungan Sabah dan Warisan berkempen, tidak terdapat banyak perbezaan. Kedua dua kumpulan ini mahu perubahan.

 Mereka berjanji semua akan diubah. Namun, perubahan yang dimaksudkan hanyalah satu retorik:

UBAH DARIPADA MISKIN KEPADA KAYA.

UBAH DARIPADA DERITA KEPADA BAHAGIA.

UBAH DARIPADA KEKOTORAN KEPADA KEBERSIHAN.

KONON NYA MEREKA BOLEH MAIN SILAP MATA.
BERI MEREKA KUASA LAMPU ALLADIN, SABAH AKAN JADI KAYA RAYA, PENUH KEBEBASAN DAN OTONOMI.

KALAU DIZAMAN P.RAMLEE, MEREKA ADALAH GABUNGAN ANGAN ANGAN!

Pentadbiran sesebuah negeri atau negara tidak boleh dilakukan hanya dengan janji janji  yang MEMBELIAKAN MATA!
Kalau kita tinjau kembali kemajuan dan pembangunan negeri Sabah, kita tidak boleh nafikan bahawa Negeri Sabah memang sudah maju dan membangun.

Pada tahun 1960, Sabah penuh dengan hutan belantara. Kita mempunyai jalan kecil dan tiada di aspalt. Tiada banyak kawasan yang mempunyai letrik dan air paip.

Kalau sakit, kita hanya ada aspirin, ubat batuk dan ubat sakit perut( baunya macam ubat kuda).

Pada tahun1970, kita mula nampak orang Sabah terserlah kaya raya. Anak anak Sabah mula dihantar keluar negara untuk menimba ilmu.

Bermulalah orang Sabah "speaking London"

Pada tahun 1980, kita mula bersaing dengan dunia luar kerana keterbukaan minda dan global exposure.

Pada tahun 2000 dan seterusnya, kita sudah berada di dunia yang dihiasi dengan serba serbi kemahuan.

APAKAH KITA MISKIN?

APAKAH KITA TIDAK ADA HAK HAK ORANG SABAH?

APAKAH KITA TIDAK ADA OTONOMI?

Pentadbiran kerajaan negeri Sabah diterajui oleh Tun Fuad Stephen, Tun Mustapa, Datuk Peter Lo, Tun Said Keruak, Tun Sakaran, Datuk Harris, Tan Sri Pairin, Tan sri Chong Kah Kiat, Datuk Osu Sukam, Datuk Yong Teck Lee, Datuk Salleh Keruak, Datuk Bernard Dompok dan terkini, Datuk Seri Musa Haji Aman.

APAKAH SEMUA PEMIMPIN INI BUKAN ORANG SABAH?

KENAPA DULU,  TIADAKAH PEJUANG BATU SUMPAH, 20 POINTS, MA63?

Perkara  batu sumpah, 20 points dan MA63 hanya timbul apabila parti parti pembangkang tidak dapat kepercayaan rakyat selepas tahun 2000 dan seterusnya.

Kalau Sabah miskin, kenapa banyak pembangunan seperti shopping kompleks, hotel bertaraf antara bangsa, fly-overs, bertimbun kereta impot dan super ninja serta hospital swasta dan condomonium berharga jutaan ringgit?

KEKAYAAN PEMIMPIN PEMBANGKANG JUGA ADALAH DARI HASIL KEKAYAAN NEGERI SABAH.

Siapa bilang Sabah miskin? Adakah hanya kerana satu laporan bank dunia yang mengatakan kita diparas ekonomi rendah menjadikan kita miskin maka kita sudah jatuh miskin?

Memang didalam mana mana negeri /negara ada orang kaya, ada hidup sederhana dan ada hidup susah.

Di negara maju  seperti Amerika, England dan Eropah masih ternampak warga mereka yang mencari makanan dari tong sampah dan tiada tempat penginapan.

Rakyat Sabah memang ada juga yang susah. Ada juga yang tiada letrik, tiada air paip, tiada aspalt sepenuh jalan tetapi kerajaan Barisan Nasional tetap prihatin dengan kehidupan rakyat.
Rakyat susah dibantu dengan BRIM, elaun, subsidi, perumahan percuma dan rumah murah dan mampu milik dan hospital kerajaan.

AMERIKA, ENGLAND DAN EROPAH SUDAH MEMBANGUN SEBELUM MALAYSIA DILAHIRKAN. MASIH ADA ORANG MISKIN DAN SUSAH.
MALAYSIA BARU LAHIR PADA TAHUN 1963.

Kerajaan Barisan Nasional tidak ada "lampu Alladin. Tidak ada lampu picit kekayaan. Tekan saja boleh kaya raya dan membangun dengan sekelip mata.

Parti parti pembangkang menuntut Sabah akan dilamun kebahagiaan dan kaya raya kalau mereka memerintah.

Buat janji memang senang kerana mereka tiada kuasa.

 Pembangkang hanya perlu teriak sana dan sini, memburuk burukkan pemimpin Barisan Nasional dan menuntut hanya pembangkang saja yang bersih dan berwawasan.

Sabah hari ini memang sudah maju dan membangun.

Pemimpin Barisan Nasional di Sabah yang diketua oleh Datuk Seri Musa Haji Aman begitu menyerlah memperjuang-kan hak hak dan keistimewaan rakyat Sabah. Mereka tidak mencaci, tidak riak dengan pencapaian tetapi berterusan memajukan dan membangunkan negeri Sabah.

Rakyat Sabah berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan berdoa agar beliau terus membawa rakyat Sabah ke era kegemilangan.

Pembangkang akan membawa kita ke arah kemunduran.
Jadi,

APA YANG DIPERJUANG- KAN OLEH PEMBANGKANG? MEREKA HANYA MEMBUAIKAN RAKYAT SABAH KE ALAM MIMPI.

APA PERJUANGAN KALAU HANYA DENGAN TERIAKAN,
"KAMU PENGECUT, KAMU KOTOR, KAMU PENGHIANAT.
KAMI BERSIH. KAMI LEBIH PANDAI.BILA LAGI. INI KALI LAH.
SABAH FOR SABAHAN.
Ubah Sabah."

LIHAT LAH PERJUANGAN BARISAN NASIONAL.

TENGOK SAJA LAH TOMAHAN DAN JANJI JANJI PEMBANGKANG.

SALAH PILIH, RAKYAT  AKAN SUSAH.

BIJAK MEMILIH BARISAN NASIONAL, NEGERI SABAH AKAN TERUS MAJU DAN MEMBANGUN.

FIKIR FIKIRKAN LAH.....



Dari Akaun Facebook
Hj Abdul Jalil
5.09.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta