PRU-14: KERAJAAN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA


Tanpa rakyat, maka tiadalah kerajaan, demikian juga sebaliknya. Atas asas itu, maka kerajaan Sabah pimpinan Tan Sri Musa Aman, bukan sahaja melihat rakyat sebagai pendorong untuk memajukan negeri, akan tetapi ianya sebagi pembangkit semangat untuk bekerja keras.

Bagi Musa, tiada HARI tidak memikirkan kemajuan rakyat dan negeri.

Sehari suntuk melayan rakyat, samada di Pejabat atau rumah kediaman rasmi, adalah rutin harian, jika tidak melawat pelosok negeri.

Pencapaian kerajaan yang diterajui Musa, bukan sahaja dirasakan rakyat biasa, malah mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh bukan sahaja mengakui, malah kagum dengan KM Sabah ke-14 itu.

Pada usia menjangkau 88 tahun, Harris menyatakan telah melalui perjalanan negeri dan rakyatnya, termasuklah pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dalam kesempatan sembang petang, bersama Bekas Ketua Menteri Sabah itu, apabila ditanya berkaitan dengan kemajuan negeri, beliau bukan sahaja kagum, akan tetapi tidak percaya Musa boleh melakukannya, kerana berasaskan berberapa factor;- factor pertama, semasa Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, Sabah tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, kerana sumber utama kayu kayan, tidak dapat lagi menampung pendapatan negeri, factor kedua, kadar kemiskinan yang tinggi, menggambarkan bahawa Sabah tidak memiliki pengerak ekonomi, infrastrukur yang cukup bagi aktiviti ekonomi, factor ketiga keluasan negeri, di mana kebanyakan rakyat belum meniklmati kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan sebagainya.

Namun, apa yang dilihat pada hari ini, seolah-olah berlakunya “magicnomic Musa”, bukan sahaja Sabah dapat menyimpan kewangan yang berbilion, akan tetapi dapat membentangkan yang cukup besar yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Menurut beliau, pada era parti Berjayapun, yang dikatakan kemajuan Sabah cukup luar biasa, tidak pernah kerajaan negeri membentangkan Bajet lebih RM1.5bilion, sedangkan era itu, adalah era kayu balak, kerana hampir 90% pendapatan negeri daripada sumber alam itu.

Kini, pendapatan negeri hanya sekitar 4% daripada sumber alam itu, namun, kerajaan yang diterajui Musa, bukan sahaja dapat membentang Bajet lebih RM4bilion, akan tetapi bajet yang surplus.

Mengapa Musa dianggap sebagai Ketua Menteri yang Berjaya? Sebabnya, rakyat Sabah menyokong beliau. Apa sokongan tidak berbelah bahagi, maka pengalaman beliau dalam dunia perniagaan dapat diterapkan semaksima mungkin untuk mencari dan mendapatkan pendapatan untuk negeri.  Inilah, kehendak ahli-ahli perniagaan, keadaan politik yang stabil, keamanan yang terjamin, kerharmonian terperlihara.

Seperti juga ahli perniagaan, berpisah tiada dengan pelanggan, 
demikian juga kerajaan, berpisah tiada dengan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta