PRU-14: TUN MAHATHIR HINDAR KAWASAN UMNO


Tun M yang dikatakan bertanding di Parlimen Langkawi, tidak akan menjadi kenyataan, kerana kawasan parlimen itu adalah kawasan Umno.

Mantan PM itu, akan bertanding di kawasan di mana Umno tidak kuat.

MP Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR- Azmin Ali, telah membayangkan akan memberi laluan kepada bakal PM PH itu.

Parlimen Gombak telah dimenangi Azmin sejak PRU 2008.

Isyarat yang diberikan mantan PM itu dalam acara yang dihadiri beliau di Tanjung Piai, Johor pada Sabtu, menggambarkan bahawa parti PPBM bukanlah saingan Umno, sebaliknya jikapun parti itu mendapat kerusi pada PRU-14, kerusi itu, memangpun milik parti dalam PH.

PPBM diberikan 52 kerusi daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sementara PKR 51, DAP parti terkuat dalam gabungan itu 35, manakala parti serpihan PAS- Amanah-27.

Dalam 4 parti gabungan itu, hanya DAP ada kemungkinan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13, manakala PKR, akan kehilangan banyak kerusi, manakala Amanah diragui untuk menang satu kerusipun.

Kerusi yang bakal dimenangi PPBM, kemnungkinan besar kerusi seperti Gombak. Namun berasaskan scenario politik semasa, Gombak bukan lagi selamat bagi PKR, mungkin itu sebab itu, Azmin mencadangkan kerusi itu untuk Tun M, sebagai jalan mudah menamatkan karier politik mantan PM itu selama-lamanya.


musram rakunman

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta