PRU-14: TSUNAMI MELAYU HARAPAN PH


Tsunami cina sudah berlaku. Keputusannya, hanya menidakkan kuasa 2/3 dan kehilangan undi popular bagi Bn.

PRU-14, PH mengharapkan tsunami cina dan melayu berjalan serentak untuk menawan Putrajaya.

PH membuka langkah pertama, apabila lebih awal menamakan Perdana Menteri, lebih awal berpakat berkaitan pembahagian kerusi.

Langkah itu, telah menjawab teka teki rakyat.

Pada PRU-14, pengundi Negara ini, hanya ada dua pilihan, BN atau PH.

Pandangan bahawa PH dikuasai DAP, dinafikan menerusi pembahagian jumlah kerusi yang ditandingi. PPBM-52, PKR-51, DAP-35, Amanah-27 di Semenanjung. Bagi kaum melayu, 79 kerusi yang ditandingi PPBM dan Amanah, adalah kerusi melayu, kemudian ditambah kerusi PKR, ada melayu, ada cina dan ada india. Jika PKR ada 30 calon melayu, maka kerusi yang ditandingi melayu sebanyak 109, makna kata, 56 kerusi bukan melayu.

Di atas kertas, kecurigaan terhadap PH dikuasai DAP telah ditepis. Yang hanya jadi persoalan, sejauh mana PPBM dan Amanah menyumbang kerusi?

Di Semenanjung, PH perlu menang sekurang-kurangnya 92 kerusi daripada 165. Jika Dap menang, 35, bermakna tiga parti lain menyumbang 57, daripada 57 itu berapa kerusi melayu? jika kerusi melayu hanya 30, maka terbukti DAP adalah parti tunjang dalam PH.

Jika mengambil kira kerusi daripada Sabah dan Sarawak, DAP akan mendahului, kemudiannya parti-parti lain. Jika PH dan parti sekutunya dapat 20 kerusi di dua negeri itu, maka jika dilihat daripada segi parti, DAP adalah parti dominan. Jika demikian, maka akan berulang kerajaan Perak selepas PRU 2008, MB daripada PAS, tetapi pembuat keputusan adalah DAP.

Kaum melayu kena melihat senario ini, jika tidak, akan berputih mata. Berharap pada Tun M, beliau hanya akan jadi boneka, kerana beliau bukan lagi singa yang anda tahu.

Terserah kepada kaum melayu di Semenanjung, apakah akan terus memuja Lim Guan Eng!!!



musram rakunman


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta