PRU14 : Najib atau Mahathir ?


kini telah jelas, PRU-14 menentukan, samada rakyat pilih DS Najib atau Tun Dr Mahathir.

Jika pilih Dr Mahathir, bermakna, parti terlama didunia yang memerintah, terpaksa akur dengan keputusan rakyat, demikian juga rakyat negara ini masih memerlukan pemimpin lama untuk mengetuai kerajaan.

Rakyat juga telah bersedia, menerima kesilapan 22 tahun berulang.

Menerusi keputusan demikian, tag mahazalim, mahafiraun, hanya olok-olok bukan serius pun.

Gerakan reformasi yang bermula tahun 1998, hanya mainan atau sandiwara.

Menjadikan Tun Dr Mahathir PM semula, bermakna Malaysia akan selamat. Harga barang akan automatik menurun, harga minyak menurun. Rakyat yang tiada pekerjaan, tidak perlu mencari kerja, kerana kerja yang mencari. Hutang negara bukan sahaja akan berkurang, malah akan jadi sifar.

Projek mega di bandar-bandar akan diwujudkan, persetan dengan kemajuan luar bandar. Memajukan luar bandar tidak menguntungkan kerajaan, kerana tidak memberi impak kepada perekonomian negara, kerana penduduk luar bandar, mana cukup wang untuk dibelanjakan, maknanya, membuang wang kerajaan di luar bandar, tidak memenuhi kretiria perbelanjaan seimbang atau setara.

Projek mega di bandar, boleh memberi pendapatan pada negara, kerana perniagaan tertumpu di bandar.

Sebab itu, semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, Sabah dan Sarawak tidak dimajukan. Memajukan dua negeri itu, hanya menghabiskan wang negara, kerana tidak akan memberi pulangan pada negara.

Atas asas itu, lebuh raya tidak pernah terfikirkan untuk di bina di kawasan luar bandar termasuk Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu atau Kelantan, sebabnya perniagaan tidak tertumpu di negeri-negeri itu, kerana itu, lebuh raya dibina di Pantai Barat Semenanjung, kerana rakyatnya mampu membayar tol.

Oleh kerana lebuh raya Pan Borneo telah diluluskan dan telahpun bermula, maka pembinaan akan diteruskan, akan tetapi, akan mengubah keputusan kerajaan Bn, daripada lebuh raya tanpa tol, kepada lebuh raya bertol, seperti mana lebuh raya Utara- Selatan (PLUS).

Projek ECRL ke Pahang dan Kereta Api laju ke Singapura, akan dibatalkan, mengikut tindakan Tun Abdullah yang membatalkan Jambatan Bengkok.

Selepas PRU-14, Malaysia akan diperintah mantan PM yang mempunyai rekod menjahanamkan kewangan negara, kemudiannya akan mempunyai pemimpin bekas banduan. Setidak-tidaknya, rakyat negara ini telah melakukan satu rekod yang bakal tercatit dalam sejarah negara.

Kepada rakyat negara ini, MARI MENGUNDI, sebaik sahaja PRU-14 ditentukan. Namun, apa yang pasti, penulis bersama keluarga, tidak akan menjadi sebahagian daripada mereka yang memilih Tun Dr Mahathir.

Anda bagaimana?


MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta