STRATEGI PEMBANGKANG: MENANG DULU FIKIR KEMUDIAN


Kalaulah rakyat negara ini sempat berfikir sejenak, sudah pasti tidak akan menyokong parti pembangkang. Sebabnya, secara tidak langsung, pembangkang hanya mahu dapat kuasa, bukanpun kuasa yang didapat itu untuk kepentingan rakyat.

2.  Startegi mereka, memang dulu, fikir kemudian.

3.  Contoh arah tindakan mereka, mereka mengwar-warkan negara bakal muflis, kononnya kerana hutang negara dan penurunan nilai ringgit terhadap dollar Amerika.

4.  Berkaitan hutang negara (tahun 2013) sebelum Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno dan masih menyokong DS Najib Razak, mantan Perdana Menteri itu berkata nisbah hutang negara 53% terhadap KDNK, tidak menjadikan Malaysia muflis seperti Greece, namun selepas itu, beliau berkata nisbah hutang negara sebesar 50.9% membolehkan negara muflis seperti Greece.

5.  Dakawaan berkaitan penurunan nilai ringgit, kononnya kerana negara dipimpin Najib, dengan kata lain, jika pemimpin lain, maka nilai ringgit mengukuh.

6.  Kini, nilai ringgit mengukuh daripada 4.4900 sedolar Jan 2017, kepada 3.999 sedolar semalam. Nilai dollar itu telah melepasi paras psikologi 4.000 sedolar.

7.  Kalau negara nak bankrap, sepatutnya telah berlaku semasa krisis kewangan Asia tahun 1997, kerana masa itu rezab negara hanya sedikit di atas AS20bilion, kini rezab negara AS102bilion.

8.  Juga, sepatutnya negara sudah muflis semasa Bank negara kehilangan RM31.5bilion, kerana masa itu, rezab hanya sedikit di atas RM20bilion.

9.  Oleh kerana asas perekonomian negara kukuh, maka negara tidak jatuh muflis. Asas perekonomian negara, masih kekal sehingga kini, sebab itu DS Najib Razak, kerap berkata, tiada tanda-tanda negara bakal muflis.

10.  Argumen Perdana Menteri cukup jelas, bagaimana negara yang mempunyai penarafan A- oleh penarafan kewangan antarabangsa lebih dahulu muflis berbanding negara pada kategori B atau C?  Di sinilah jelas, bahawa pembangkang bertindak dahulu, baru berfikir.

11.  Peribahasa melayu memberi tahu kita, mengenai Tikus Membaiki Labu, Mendengar Guruh Di Langit lalu Air Di Tempayan Dicurahkan. Oleh kerana strategi pembangkang mahu menang dahulu baru fikir kemudian, maka besar kemungkinan rakyat akan berdepan dengan dua peribahasa di atas. Fikir-Fikirkan Lah.




Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta