PRU-14: PILIH BN JELAS SIAPA PERDANA MENTERI


Parti Barisan Nasional mempunyai 13 parti komponen, akan tetapi sangat mudah menentukan siapa Perdana Menteri, berbeza dengan Pakatan Harapan, hanya 4 parti, bukan sahaja susah menentukan siapa Perdana Menteri, akan tetapi mereka buntu.

2.  Mengapa mereka buntu? pakatan mereka adalah pakatan longgar, masing-masing parti mempunyai hala tuju sendiri, mereka ibarat tidur sebantal, mimpi lain-lain.

3.  Sanggup kah rakyat bersandar pada parti-parti demikian?  Menyokong parti-parti itu, hanya menjadikan pemimpin  parti-parti itu sebagai wakil rakyat, menikmati elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan lain, manakala rakyat, dibiarkan terjun dengan labuh-labuhnya.

4.  Dalam menamakan Perdana Menteri, PKR menentang Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, walaupun Dr Wan Azizah sebagai timbalannya. Pemimpin PKR tahu, penubuhan parti itu semata-mata kerana mahu menjadikan Dato Seri Anwar Perdana Menteri, tak kan begitu mudah parti itu mengalah dan bersetuju, melantik orang lain.

5.  Presiden PKR membayangkan, beliau juga boleh menjadi Perdana Menteri, mengapa mesti Tun Dr Mahathir? Selain itu, PKR percaya, ramai pemimpin PH boleh dilantik ke jawatan itu, tidak semestinya Tun Dr Mahathir.

6.  Pakatan Harapan (PH) bercakap berkaitan jawatan Perdana Menteri, sama dengan menghitung anak ayam sebelum telur menetas.

7.  PH tidak mengambil kira, bahawa pencapaian parti-parti (DAP dan PKR) pada dua PRU 2008 dan 2013, kerana kehadiran parti PAS sebagai rakan. Sokongan PAS kepada dua parti itu membolehkan parti-parti itu mendapat kerusi. Berbeza pada PRU-14, Pas akan bertanding melawan parti-parti bekas rakannya.

8.  Pada PRU-14, PH tidak akan dapat undi simpati daripada penyokong atau ahli Pas, ekoran kenyataan keras Tun Dr Mahathir terhadap Presiden parti itu. Selain itu, PH tidak akan mendapat undi belas kesihan daripada mantan-mantan ahli PPBM, kerana kenyataan Tun Dr Mahathir mengelarkan mereka sampah.

9.  Pendek kata, kehadiran Tun Dr Mahathir dalam PH, bukan menambah undi bagi pakatan parti-parti itu, akan tetapi mengurangkan undi.

10.  Berasaskan senario itu, atas asas apa mereka, sibuk sangat menamakan Perdana Menteri, kerana harapan mereka, hanya tinggal harapan, malah mereka berada dalam dunia fantasi.



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta