Banjir Kota Belud : GLC Tidak Minat

gambar sekadar hiasan


Mungkin Banjir Kota Belud tidak mendokong promosi jenama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebab itu syarikat-syarikt itu bukan sahaja malu terlibat, akan tetapi tiada minat.

2.  Banjir yang melanda Kota Belud, sudah memakan masa seminggu. Akibat banjir itu, bukan sedikit rakyat yang menjadi mangsa malah jumlahnya melepasi angka 2000. Angka itu adalah mereka yang dipindahkan, namun mereka yang tidak mendapat arahan untuk berpindah, sebenarnya keadaan lebih teruk daripada mereka yang dipndahkan. Mengapa? cuba bayangkan ada kampung-kampung yang tidak mendapat bekalan elektrik selama 100jam, tiada bekalan air berhari-hari, malah ramai penduduk kehabisan stok makanan.

3.  Penulis terbaca pengguna facebook Hj Maljim Anjil  yang memuat naik status pada 20 Oktober “Sebenarnya org tidak dipindahkan itu juga MANGSA BANJIR. Air minum tiada. Nak beli barang kperluan jalan tersekat”.

4.  Memang banjir Kota Belud tidak mengorbankan nyawa, akan tetapi, kerosakan harta benda bukan sedikit.

5.  Dalam keadaan beginilah syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan yang bukan sedikit jumlahnya perlu melaksanakan khidmat sosial (CSR), kerana bertindak demikian sekurang-kurangnya mengurangkan beban penduduk.

6.  Memang pun banjir adalah fenomena alam. Namun, mangsa atau penduduk tidak harus dibiarkan terhukum hanya kerana faktor alam.

7.  Kepada GLC, pada keadaan sebeginilah, perlu turun padang, kerana sumbangan sesedikitpun sangat dirasai penduduk apa tah mangsa.

8.  Penulis mengimbas kembali, apabila kejadian gempa bumi Tahun 2015 di Ranau Sabah, bukan main banyak GLC terlibat menghulur bantuan. Kini, penulis tersedar, rupanya KOTA BELUD bukan jenama, sebab itu GLC-GLC atau syarikat-syarikat swasta tidak minat untuk menjadi sebahagian daripada penghulur bantuan atau pertolongan.

9.  Kepada rakyat Kota Belud khasnya, dan rakyat Sabah umumnya, agensi yang tetap membela di kala senang dan susah adalah agensi kerajaan, bukannya syarikat-syarikat yang mendapat pendapatan mereka daripada rakyat sebagai pengguna.




M. Rakunman
22.10.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta