Siasatan Dana KKLW- Shafie Bebas Atas Jaminan SPRM



Bebas atas jaminan SPRM, makna kata, Shafie bila-bila masa boleh dipanggil untuk membantu siasatan.

2.  Apabila seseorang dibebaskan atas jaminan yang menyiasat, ertinya, orang itu adalah seseorang yang sangat penting dalam siasatan itu, atau dalam erti kata lain, seseorang itu adalah hero utama.

3.  Nampak gayanya, Shafie tidak akan tenang selagi siasatan terhadap dana RM7.5bilion KKLW tidak selesai. Pengakhir kepada siasatan itu, apabila ada yang dituduh di mahkamah.

4.  Shafie disiasat SPRM berkaitan dana RM7.5bilion KKLW yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan.

5.  Sehingga kini, SPRM hanya dapat membekukan wang tunai RM180 juta tidak termasuk harta-harta lain seperti jam rolex, geran tanah, kereta mewah dan bag-bag wanita berjenama.

6.  Tidak mudah menjumpai  jumlah wang yang telah diselewengkan secara “hard cash” kerana projek-projek yang disiasat melimputi tempoh yang agak panjang, iaitu daripada tahun 2009-2015. Adalah pasti sebahagian wang itu telah digunapakai, untuk memenuhi keperluan “lifestyle” mereka yang terlibat.

7.  Apa yang pasti, apapun keputusan siasatan terhadap dana RM7.5bilion KKLW tidak akan menyelesaikan kemudahan asas yang sepatutnya diselesaikan menerusi peruntukan itu. Dengan erti kata, rakyat luar bandar yang sepatutnya merasakan kemudahan asas yang disediakan kerajaan tidak akan dapat dirasai dalam tempoh yang tidak pasti, kecualilah menerusi Bajet Tahun 2018 yang akan dibacakan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada pukul 3.30 petang ini, mengumumkan peruntukan untuk menggantikan dana yang hilang tersebut. Jika itu berlaku, maka dalam tempoh 12-36 bulan daripada sekarang, rakyat luar bandar Sabah akan menikmati kemudahan asas yang mereka perlukan.

8.  Sungguh malang bagi rakyat luar bandar Sabah, apabila pemimpin sendiri menafikan hak mereka. Mungkin ini dimaksudkan oleh peribahasa, harapkan pagar, pagar makan padi.




MR
27.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta