Mengapa Shafie Bertindak Mengancam?


Mengapa Datuk Shafie Apdal mahu mempergunakan imuniti parlimen untuk mengancam? Sebabnya, jika beliau membuat dakwaan fitnah dan bohong, pihak yang kena tuduhan tidak dapat menyaman.

2.  Tujuan Shafie mempergunakan parlimen hanya satu - mahu menimbulkan persepsi selain itu menjadi santapan surat khabar untuk membuat laporan gosip.

3.  Jika benar, bahawa Shafie akan membuat dakwaan fitnah dan bohong di parlimen, maka ianya menunjukkan bahawa integriti beliau boleh dipersoal, kerana hanya berlindung dibawah imuniti parlimen.

4.  Shafie pada masa ini masih dalam siasatan SPRM  berkaitan skandal dana RM7.5bilion KKLW yang mana tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan walaupun dibebaskan dengan ikat jamin.

5.  Shafie dikatakan punca mengapa projek-projek yang dikendalikan KKLW untuk luar bandar Sabah sejak tahun 2009 hingga 2015 tidak sampai kepada kelompok sasar.

6.  Projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan di luar bandar Sabah berjumlah 350, 170 projek bekalan air bersih, 163 jalan kampung dan 17 bekalan elektrik.

7.  Bermula pada tahun 2009 sehingga tahun 2015, purata peruntukan Persekutuan untuk luar bandar Sabah yang disalurkan menerusi KKLW sebesar RM1.5bilion setahun. Dana itu hampir 40% bajet keseluruhan negeri.

8.  Malang sungguh bagi rakyat luar bandar Sabah, pemimpin yang diharapkan menyelesaikan kemudahan yang ditunggu-tunggu berdekad lamanya, namun telah dinafikan, hanya kerana perbuatan beberapa individu yang tamak haloba.

9.  Bagi rakyat luar bandar Sabah, apapun tindakan Shafie, ianya hanya cuba menegakkan benang basah, kerana beliau dan konco-konco beliau telah memalitkan lumpur bukan sahaja kepada kepimpinan kerajaan akan tetapi kepada parti yang memberi beliau nama dan kedudukan, kerana semasa membuat tindakan salahguna kuasa itu beliau masih sebagai pemimpin kerajaan Bn.

MR
28.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta