Dana RM7.5bilion KKLW : Shafie “conflict of Interest”



Jika benar saudara mara Datuk Shafie Apdal mendapat manfaat daripada dana RM7.5bilion KKLW daripada Tahun 2009-2015, ianya satu bukti “straight forward” adanya “complex of interest”.

2.  Satu isu serupa, apabila Datuk Pairin Kitingan didapati bersalah, kerana meluluskan satu projek membina kedai di Tambunan di awal pemerintahan PBS  kepada satu syarikat di mana saudara mara beliau ada kepentingan.

3.  Melihat kepada tindakan SPRM, menahan reman adik beradik Shafie (Yusof dan Hamid) serta Aziz jamman (saudara beliau), serta menantu Hamid menunjukkan bahawa saudara mara Shafie itu mendapat kepentingan daripada dana itu.

4.  Jika demikian duduk perkaranya, meskipun tiada penyelewengan terhadap dana itu, Shafie boleh dituduh menyalahgunakan kuasa, seperti mana tuduhan kepada Datuk Pairin.

5.  Skandal dana RM7.5bilion dilihat sebagai kes salah guna kuasa, jika memang ada bukti, Shafie memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat, di mana saudara mara beliau ada kepentingan.

6.  Dalam keadaan ini, istilah, seseorang itu dianggap tidak bersalah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah, tidak tergunapakai.

7.  Jika memang benar, ada fakta dan bukti, bahawa saudara mara Shafie mendapat kontrak atau syarikat-syarikat yang mendapat kontrak itu, saudara mara beliau ada kepentingan, menjadikan skandal ini, sebagai kes salahguna kuasa yang “straight forward”.

8.  Kepada pemimpin dan penyokong parti Warisan Sabah, jangan menuding jari, bahawa tindakan terhadap Shafie dan saudara mara beliau ada kepentingan politik.

9.  Sila baca semula akta SPRM 17(a) di mana skandal dana RM7.5bilion KKLW disiasat.

10.  SPRM tidak akan bertindak menahan reman individu secara suka suka, jika tiada bukti pembabitan para individu itu.

11.  Petang ini, Datuk Shafie telah mula dirakam percakapan beliau di Pejabat SPRM, Kota Kinabalu. Beliau tiba di penjabat agensi itu kira-kira pukul 5.15 petang Khamis.





M. Rakunman
20.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta