Hujah Mudah Dana RM2.6 Bilion



Apabila dibocorkan bahawa DS Najib Razak ada akaun khas di AmBank, Kuala Lumpur, yang mana akaun khas itu menerima dana RM2.6bilion, Perdana Menteri mengakunya. Apabila timbul tuduhan wang itu wang 1MDB, beliau menafikannya, sebaliknya, memberitahu siapa penyumbang dana itu.

2.  SPRM sendiri (walaupun mantan Pengerusi agensi itu align dengan Tun Dr Mahathir) akan tetapi beliau menjalankan tugas secara profesional, dan menyatakan sebenar punca wang itu.

3.  Pihak asal derma itu Keluarga DiRaja Arab Saudi, datang pula ke Malaysia, bukan sekadar lawatan biasa akan tetapi melabur pula RM30bilion. Tidak takut kah keluarga diRaja itu, wang yang dilaburkan kepada negara yang dipimpin pencuri?

4.  Tun Dr Mahathir dan pembangkang konsisten dengan tuduhan, bahawa DS Najib Razak pencuri. Tetapi apa yang malang TIADA yang dicuri, tambahan pula, TIADA pihak-pihak yang membuat laporan, bahawa wang mereka dicuri.

5.  Mungkin wang Tun Dr Mahathir yang dicuri? tetapi beliau tidak berani membuat laporan polis, kerana daripada awal-awal beliau mengaku tiada wang sebegitu banyak, walaupun anak-anak beliau tiba-tiba jadi jutawan sebaik sahaja beliau besara.




M. Rakunman
18.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta