Disebalik Dana RM7.5bilion KKLW


Kalaulah kerajaan tahu, bahawa wang itu tidak sampai kepada rakyat,  dan wang itu perlu juga diagihkan kepada rakyat Sabah, maka setidak-tidaknya, setiap rakyat Sabah termasuk yang baru lahir akan mendapat bahagian RM1,966.85 setiap seorang.  Sebabnya penduduk Sabah berjumlah 3,813,200 orang.

2.  Jika jumlah sebenar RM1.5bilion sepertimana anggaran SPRM, maka setiap seorang rakyat Sabah dinafikan hak RM393.37 setiap seorang. Jika rakyat yang memerlukan dana itu hanya 1juta orang, ertinya setiap seorang daripada mereka itu dinafikan hak RM1,500. Apa yang ironinya wang itu hanya disekau oleh bebebarapa orang, sehinggakan menyebabkan mereka jutawan.

3.  Sementara rakyat luar bandar, tiap hari bergelomang dengan air yang tidak terawat, tiada kemudahan ekterik, jalan raya berlumpur, ada segelintir individu yang sanggup merampas hak mereka.

4.  Menangkap sahaja tidak berbaloi. Memenjarakan mereka tidak berbaloi. Pihak berkuasa perlu merampas apa sahaja aset atau wang yang ada mereka, dan jadikan tunai, kemudiannya kembalikan kepada rakyat yang berhak.

5.  Apa yang malang, ada pihak-pihak tertentu, khususnya  pemimpin dan penyokong  parti Warisan sabah menganggap mereka itu hero, kononnya mereka  itu agent for change.

6.  Apabila melihat para individu yang ditahan SPRM itu, ada yang menunjuk “sign peace” ada yang tersenyum lebar, seolah-olah bangga kerana berjaya menafikan hak rakyat yang memerlukan. Kalau di Jepun, jangankan senyum atau tunjuk sign peace, sebelum ditangkappun, sudah terjun bangunan.


M. Rakunman
18.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta