Siapa Kata Shafie Simbol Penyatuan ?


Pengalaman politik Sabah, hanya parti Berjaya sebagai “single party” pernah menjadi penyatu semua kumpulan etnik Sabah, itupun hanya berlaku pada penggal kedua pemerintahan parti itu.

2.  Parti Berjaya semasa ditubuhkan, memang barisan pemimpin parti itu terdiri daripada semua kaum di Sabah termasuk kaum cina.

3.  Barisan kepeimpinan parti Berjaya itu dimodifikasi oleh parti PBS, apabila mengwujudkan tiga Timbalan Presiden, iaitu KDM, Bumiputera Islam dan Cina. Kerajaan yang ditubuhkan PBS juga menurut susunan kepimpinan parti itu.

4.  Apabila parti Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan Sabah, susunan kabinet negeri yang diperkenalkan PBS itu turut diikuti sehingga sekarang.

5.  Kini, dikatakan Datuk Shafie Apdal sebagai penyatu semua kaum di Sabah menerusi parti Warisan Sabah.  Oleh kerana MP Semporna itu menjadi simbol penyatu, maka kerajaan Bn terpaksa menggunakan SPRM untuk menghalang parti pimpinan mantan Menteri KKLW itu menumbangkan kerajaan Bn Sabah pada PRU-14, seperti mana dakwaan pemimpin parti itu.

6.  Benar kah Shafie sebagai penyatu? Kalau menurut rekod, tiada bukti-bukti Shafie sebagai pejuang semua kaum di Sabah.

7.  MP Semporna itu, menjadi wakil rakyat pun, sebagai payung terjun, kerana atas keputusan bapa saudara beliau yang dilantik sebagai TYT Sabah selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah beberapa bulan selepas dilantik ke jawatan itu pada Tahun 1994.

8.  Umno Semporna menjadi tapak Shafie menjadi pemimpin. Ketua Bahagian Umno Bahagian diberikan kepada beliau oleh penyandangnya, iaitu bapa saudara beliau sendiri.

9.  Apabila menang sebagai wakil Semporna, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri, sebagai penghormatan kepada rakyat Sabah.

10.  Bintang Shafie semakin berkilau, apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, yang mana menterinya adalah Dato Seri Najib Razak.  Hubung beliau dengan Najib benar-benar beliau pergunakan, sehinggakan ramai yang nampak dan perasaan beliau adalah “Blue eye boy” DS Najib.

11.  Apabila DS Najib Menjadi Presiden Umno, Shafie bertanding Naib Presiden parti. Nasib menyebelahi beliau, kerana untuk percubaan pertama beliau menang.  Pemimpin Umno Sabah yang pernah bertanding Naib Presiden selain Shafie adalah Datuk Osu Sukam.

12.  Shafie pernah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Timbalan kepada Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri).

13.  Apabila Shafie menang Naib Presiden, beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, selepas negeri itu ditawan parti Pembangkang.

14.  Melihat perjalanan politik Shafie, macam mempunyai masa depan yang cerah dalam politik negara.  Namun, sifat tamak haloba beliau, menyebabkan beliau riak dan sombong.

15.  Berasaskan kedudukan sebagai Naib Presiden Umno, dan hubungan dengan Presiden parti, menyebabkan beliau hanya memandang sebelah mata kepada kepimpinan Umno Sabah.

16.  Menurut maklumat mesyuarat Umno Negeri Sabah, walaupun Shafie sebagai Ketua Bahagian Umno Semporna, beliau tidak pernah hadir mesyuarat Umno negeri, sejak Musa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

17.  Melihat cara  Shafie memimpin, bagai mana kah beliau dianggap sebagai simbol penyatu rakyat Sabah?  Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian parti Umno yang terdiri daripada berbagai kaum, kecuali kaum cina, beliau gagal menghormatinya.

18.  Dalam perjalanan politik Shafie, beliau tidak pernah mempengerusikan mesyuarat Bn Sabah yang terdiri daripada berbagai parti. Penulis juga difahamkan, beliau gagal hadir pada setiap mesyuarat Bn Sabah.

19.  Pemimpin parti Warisan Sabah yang menganggap Shafie sebagai penyatu kaum adalah Darell dan Junz, sedangkan mereka hanya menyertai Shafie  setahun lalu, apabila menubuhkan parti Warisan Sabah.

20.  Tiada daripada pemimpin Sabah termasuk pemimpin pembangkang tempatan Sabah menganggap Shafie sebagai simbol penyatuan kaum Sabah, kecuali pemimpin parti Warisan Sabah.




M. Rakunman
22.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta