Bah, Banyaknya Sumbangan Shafie Pada Rakyat Sabah !

Pada 23 Mei 2017, di Kg Langkawit, Papar, sempena penerimaan keahlian daripada mantan-mantan ahli parti UPKO yang diketuai mantan Ketua Bahagian parti UPKO , Papar, Presiden parti Warisan Sabah, Datuk Shafie Apdal mempertikai sumbangan Datuk Musa aman dan Datuk Anifah Aman kepada rakyat Sabah.

Dakwaan Presiden parti Warisan itu, Sabah mempunyai kewangan untuk memajukan Sabah, akan tetapi, Musa sebagai ketua Menteri gagal memajukan negeri dan rakyatnya.

Apa yang tidak diberitahu Shafie kepada mereka yang hadir itu, bahawa Sabah hanya mempunyai bajet tahunan berlegar-legar pada angka RM3.5- RM4 bilion setahun. Melalui bajet itulah semuanya diambil, termasuk gaji kaki tangan awam, gaji para menteri, elaun para wakil rakyat, peruntukan tahunan para ADUN, bantuan kepada badan-badan keagamaan dan sosial, selain sekolah-sekolah bukan kerajaan. Di samping itu, melalui bajet itulah, bersumbernya pembinaan kemudahan asas yang mendesak, seperti jalan-jalan kampung, bekalan eletrik luar bandar serta kemudahan bekalan air luar bandar.

Bajet kerajaan negeri, jika dibandingkan dengan bajet kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW satu kementerian yang besar, yang dikawal Shafie sejak  Dato Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Sebagai misalan, bajet untuk bekalan air bersih luar bandar sahaja untuk Sabah dari tahun 2010-2015 berjumlah RM3.3bilion, atau purata  RM660juta setahun. Bajet itu merupakan hampir 10 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan kerajaan Sabah, bagi maksud yang sama. Demikian juga peruntukan bagi pembinaan jalan-jalan kampung, bekalan elektrik luar bandar, yang diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, di mana dana itu disalurkan melalui KKLW, sebenarnya jauh lebih besar berbanding bajet kerajaan negeri untuk tujuan yang sama.

Benar, Musa mempunyai kuasa di peringkat negeri, namun kuasa membangun, semuanya tertakluk kepada kewangan. Prinsip kerajaan Persekutuan membantu setiap kerajaan negeri, adalah menyalurkan kewangan kepada kementerian-kementerian yang relevan, misalnya untuk pembangunan luar bandar, maka disalurkan melalui KKLW, untuk pendidikan disalurkan melalui kementerian yang mengawal pendidikan, demikianlah seterusnya.

Atas prinsip untuk kemajuan negeri, selain sumber kewangan daripada Persekutuan juga daripada kerajaan negeri. Oleh kerana sumber kewangan negeri hanya bergantung kepada keupayaan syarikat-syarikat yang ada dalam negeri untuk membayar cukai. Daripada semua sumber, termasuk bayaran dividen daripada syarikat-syarikat kerajaan, pendapatan Sabah berlegar-legar antara RM3.5-RM4 bilion setahun.

Sebijak manapun, seorang Ketua Menteri, dengan pendapatan negeri sedemikian, berbanding dengan keluasan negeri, maka untuk mempercepat pembangunan dan kemajuan, maka sangat mengharapkan sumbangan daripada Persekutuan, melalui kementerian-kementerian Persekutuan.

Atas prinsip demikian, maka rakyat Sabah menyokong penuh parti yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan, kerana melalui sokongan itu, maka negeri dan rakyatnya mendapat pembelaan yang maksima. Atas asas itu juga, maka kerajaan Persekutuan, melantik pemimpin Sabah, untuk menerajui kementerian yang mempunyai tujuan dan matlamat memajukan luar bandar, yakni Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Namun, apa yang diharapkan rakyat Sabah, semuanya hanyut ke laut, kerana pemimpin yang menerajui  kementerian itu, tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sebaliknya hanya memperkaya kroni-kroni, termasuk berlakunya skandal Watergate, Jabatan Air Sabah.

M.Rakunman
26.05.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta