PANAS !!! 10 Dalil Keras kenapa Shafie Apdal wajib tinggalkan kerusi MP Semporna !!

Sepertimana Anwar Ibrahim dulu ada dikeluarkan satu buku 50 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH JADI PM, Nah ! Sekarang Shafie Apdal juga ada 10 dalil keras yang menyokong bahawa beliau sewajibnya mengosongkan kerusi MP Semporna dan berhenti dari berangan-angan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

Mari kita lihat apakah 10 dalil keras yang ada pada Shafie Apdal yang wajib kita ketahui !

1. PENGKHIANAT: DSSA pernah menggutuk berapa bekas pemimpin UNMO yang keluar parti UMNO sebagai pengkhianat tetapi akhirnya dia pun turut mengkhianati parti yang telah selama ini memberikan kedudukan kepada beliau. Perbuatan seumpama meludah ke langit jatuh balik ke mukanya sendiri.

2. KUKU BESI: Rata-rata ahli UMNO kenal siapa DSSA terutama orang lama dalam UMNO. DSSA mahu semua orang patuh dan setia kepadanya sahaja. Sedangkan dia sendiri pun tidak patuh dan setia kepada pemimpin tertinggi UMNO SABAH dan MALAYSIA. Siapa yang melawan kehendaknya atau menyokong pemimpin UMNO yang lain akan mendapat susah.

3. DUIT SEGALANYA: Semua orang tahu dari kedudukan sebagai menteri penuh, DSSA dapat mengumpul kekayaan yang banyak di dalam dan luar negara. Setiap kali datang ke SEMPORA ramailah orang datang menyambut beliau di rumahnya untuk meminta sedekah dari RM5-50 ringgit. Dengan duit dia membeli sokongan, hutang budi dan harga diri seseorang agar terus taksub menyokongnya. Kebanyakan orang menyanjung DSSA adalah sebab duitnya tapi bukan atas sebab kemajuan yang dibawanya ke SEMPORNA.

4. SUKA BERMUSUHAN: Semua orang tahu DSSA suka bermusuhan. Masa dalam UMNO sekalipun dia mempunyai ramai munsuh politik baik dalam UMNO sendiri apatah lagi parti pembangkang. Dia hanya mahu orang mendengar cakapnya dan mempunyai nafsu politik yang tinggi dan mana-mana pemimpin UMNO yang mempunyai potensi untuk menghalang nafsu politiknya akan beliau cantas dengan apa cara sekalipun.

5. TIADA PENDIRIAN: DSSA tiada mempunyai pendirian tetap untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Lihat sahaja pendiriannya yang boleh berubah-ubah dalam isu GST, SABAH for SABAHAN dan UMNO. Masa dalam UMNO dia sokong dan bila keluar UMNO dia bantah. Pendiriannya terlalu rapuh dengan dorongan nafsu politik dan kedudukan.

6. MENYOKONG PATI: DSSA tidak serius dalam isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan menyeru orang ramai agar mencontohi PATI. Kita lihat sahaja SEMPORNA yang dijadikan rumah keduaku oleh PATI dari FILIPINA. Dan lihat juga ramainya PATI yang menyambutnya setiap kali dia datang ke SEMPORNA.

7. RASUAH: DSSA telah mencorakkan politik SEMPORNA dengan POLITIK WANG. Cakap sahaja DSSA pastinya akan terbayang wang ringgit. Kedudukan sebagai menteri KKLW adalah seumpama lombong emas. Dengan sentiasa dikelilingi kontraktor-kontraktor yang merebut tender adalah amat mustahil tawaran dan permintaan tidak berlaku kan?? Tau-taulah sendiri dari mana sumber kekayaan itu datang.

8. SISTEM KRONI: Pernah dengar Direct Award Tender... siapa yang membolotnya? Tidak lain tidak bukan kroni-kroni DSSA kan?? Di semporna ini kalau kamu bukan kroni DSSA jangan harap akan dapat tander. Kroni DSSA kaya raya masa dia menjadi menteri penuh BN dan yang marah bila DSSA hilang jawatan dan keluar UMNO ialah kroninya juga kerana hilang sumber kewangan.

9. TIDAK MENGENANG BUDI: Yang menggangkat kedudukan DSSA hingga dapat menjadi menteri penuh ialah UMNO. Jika dia menjadi ahli pembangkang sejak dulu dia bukanlah siapa-siapa seperti yang anda lihat pada hari ini. Sanggupkah anda meludah orang yang telah memberi kamu makan, sekolah hingga kamu berjaya dan bergaji besar?? DSSA terbukti sangup dan itulah yang dia lakukan sekarang ini.

10. GAGAL MEMAJUKAN SEMPORNA: Berapa lama DSSA menjadi AP SEMPORNA dan berjawatan menteri?? Cukup lama....Adakah itu setara dengan kemajuan di SEMPORNA?? Jauh sekali jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain seperti TAWAU, LAHAD DATU dan SANDAKAN. SEMPORNA juga jauh sekali dari sempurna dengan lambakan sampah dan PATI.

Kredit: Bisikan Bayu

Comments

  1. DSSA berkhidmat sbg AP Semporna sejak 1995. Menjawat menteri KKLW 2 penggal. Tapi kawasan dia tidak terurus, kotor. Mcm mana mau ubah Sabah kalau kawasan sendiri pun tiada perubahan

    ReplyDelete
  2. Pada Sy Dalil ne adalah admin yg punya blogger ne.... bkn DSSA. Buat fitnah mcm haram jadah..... kami sabahan sokong DSSA bkn kerna wang ringgit tetapi kepimpinan DSSA sebagai pemimpin yg lebih dari layak berbanding pemimpin yg lain....

    ReplyDelete
  3. Saya ahli umno cawangan kampung kabogan semporna menyokong kepimpinan datuk sri shafie apdal menubuhkan dan mengundi parti warisan sabah dalam pru ke 14 nanti sepuluh perkara tiada dalam prensip datuk sri shafie apdal dia seorang pemimpin yang berjiwa rakyat mempunyai banyak pengalaman dalam soal pentadbiran dan kepada penulis blogger ini tiada pti menyambut datuk sri shafie apdal jika ke semporna keseluruhan masyarakat daerah semporna menyambutnya adalah 80 peratus kaum kerabatnya di seluruh kampung daerah semporna

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta