Mengapa perlu PRU awal bagi sabah ?


ADA dua penyebab mengapa Sabah bercadang mengadakan PRU-14 lebih awal dan kemungkinan berasingan dengan negeri-negeri lain atau pusat. 

Sebab pertama, Sabah lebih selesa dengan 60 jumlah kerusi DUN walaupun ada tambahan 13 kerusi kerana persempadanan semula. Sebab kedua, melalui pilihan raya berasingan, maka jentera Parti Barisan Nasional akan tertumpu ke Sabah seperti mana PRN Sarawak tahun lepas.

Memang jentera Parti Barisan Nasional Sabah boleh dikatakan cukup, namun jika jentera negeri-negeri lain atau pusat terutama kehadiran para pemimpin utama khususnya Perdana Menteri atau Timbalan beliau, maka akan memberi 'boost' kepada jentera Sabah. Selain itu juga, rakyat akan lebih yakin semasa mengundi bahawa mereka benar-benar dibela!

Keputusan sama ada Sabah perlu mengadakan PRU-14 lebih awal perlu juga melihat,carian di lapangan apakah melalui PRU-14 lebih awal akan menguntungkan Parti Barisan Nasional secara keseluruhan? Hal ini kerana jika Sabah dibenarkan mengadakan pilihan raya awal, ada kemungkinan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang khususnya Pulau Pinang dan Selangor juga akan membubarkan DUN untuk mengikuti langkah Sabah. 

Keadaan atau situasilah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri sebagai tindakan analisis.

Trend di Sabah khususnya kawasan KDM, jika berlaku kesepakatan antara parti-parti pembangkang untuk mengemukakan calon tunggal melawan parti BN, ianya berimpak negatif kepada jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN Sabah. Oleh kerana pada masa sekarang, jika diadakan pilihan raya awal, berkemungkinan besar akan berlaku pertandingan 'free contest'. Maka, keadaan itu lebih berimpak positif kepada jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN Sabah.


Artikel asal sila klik SINI

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta