BN Sabah : Jangan Fikir Soal "Siapa Calon"

Apa yang paling mustahak adalah PARTI. Kemenangan parti merupakan matlamat utama. Penerimaan rakyat kepada parti merupakan tujuan utama.

Oleh kerana sistem pilihan raya negara, berasaskan kawasan atau kerusi, maka calon-calon diperlukan.

Kepada ahli dan penyokong parti, semasa membuang undi, hanya perlu melihat kepada lambang parti, kerana calon parti hanya mempermudah cara menyahut sistem demokrasi negara.

" Jika kiblat kita adalah parti, maka soal-soal calon merupakan perkara kedua.  Oleh kerana calon merupakan perkara kedua, maka tidak timbul soal-soal umur dan sebagainya, kerana yang dilihat adalah parti. "

Di zaman pemerintahan Tun Mustapha Datu Harun, semasa pilihan raya, tidakpun melihat siapa calon, melainkan parti, sebab itu ada istilah masa itu, “topi” Tun Mustaphapun menjadi calon, maka calon parti tetap menang, sebabnya, rakyat telah diberi tahu dan demikian juga keinginan rakyat, kemenangan parti merupakan perkara pokok.

Berdepan PRU-14, sayugianya penentuan siapa calon yang bakal mewakili parti BN, akan terserah sepenuhnya kepada Pengerusi Barisan Nasional, samada di peringkat negeri (dun) mahupun Pusat (parlimen).

Siapa sahaja calon-calon yang terpilih, natijahnya mewakili parti.  Jika parti menang menggambarkan, bahawa rakyat memberi amanah kepada parti untuk menubuhkan kerajaan, sebab itulah, kerajaan yang ditubuhkan parti Barisan Nasional, disebut kerajaan parti Barisan Nasional, dan negeri yang dimenangi parti pembangkang, disebut kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam penentuan calon, seharusnya tidak timbul, peratusan ini, mewakili kumpulan ini dan itu, kerana pertimbangan kapten parti, adalah satu pasukan yang mantap, saling dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang utuh dan solid.

Jika pucuk pimpinan, memilih para calon bagi mewakili parti, jangan sama sekali dipersoalkan, kerana para calon itu, merupakan yang terbaik daripada kumpulan terbaik.

Fikir-fikirkanlah...

M.Rakunman
22.05.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta