Kepimpinan Shafie Tiada Masa Depan ?


Memang benar, Shafie Apdal mewakili suku kaum bajau, khususnya bajau pantai timur, sementara Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden mewakili kaum Kadazan Penampang.

Dalam dunia politik Sabah, hanya seorang pemimpin yang pernah berjaya bangkit semula, yakni Tun Fuad Stephens pada tahun 1976 melalui Parti Berjaya, itupun pada keadaan beliau berkedudukan sebagai TYT Sabah.  Selepas itu, tiada lagi pemimpin yang berjaya bangkit menjadi pemimpin utama selepas kehilangan jawatan.

Tun Mustapha berusaha bangkit melalui pembubaran Parti Usno dan menjemput parti Umno sebagai wadah perjuangan politik untuk kembali berkuasa, namun niat beliau tidak kesampaian, malah sehingga beliau kembali ke rahmatullah, beliau berada di luar Umno.

Demikian juga berlaku kepada Datuk Harris Salleh selepas kekalahan parti Berjaya, beliau mencuba untuk kembali melalui parti lain, akan tetapi gagal.

Datuk Pairin melalui PBS juga mencuba kembali, namun tidak juga berjaya, dan terpaksa akur dan menyertai parti pemerintah pada tahun 2002.

Mereka yang mencuba kembali itu, adalah pemimpin sebuah parti yang pernah diberi kepercayaan rakyat, malah telah dilantik sebagai pemimpin utama, iaitu Ketua Menteri.

Shafie Apdal, tidak mempunyai kriteria sebagai ketua kerajaan Sabah, atas sebab, semasa beliau diberi tanggungjawab sebagai menteripun, tidak dapat menjalankan amanah, apa tah lagi membela rakyat secara keseluruhan, sedang kawasan yang diwakili beliaupun selama 5 penggal sejak tahun 1995, Semporna, tidak mampu beliau bangunkan.

Bagaimana rakyat Sabah boleh menyokong seseorang yang tiada rekod membela rakyat? Rekod yang ada, hanya menyusahkan rakyat.


M.Rakunman
04.05.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta