PRU-14 Sabah: Ke Mana Hala Tuju KDM ?


Kalau data keputusan PRU-13 digunapakai, maka hala tuju kaum KDM, berkecenderungan menolak parti Barisan Nasional. Mengapa? sedangkan kumpulan itu, mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding kumpulan kaum-kaum lain.
Di dunia, tiada kaum  dimana perayaannya disambut selama sebulan, bukan sahaja melibatkan rakyat, akan tetapi pemimpin dan kerajaan.

Tadau Keaamatan, bukannya berasaskan agama, akan tetapi tradisi dan adat. Atas sebab itu, perayaan itu, tidak boleh disamakan dengan mana-mana tuntutan agama.

Setiap bulan mei setiap tahun, pesta menuai atau tadau keaamatan disambut di Sabah, selama sebulan penuh, dan puncaknya adalah pada 30 dan 31.

Sambutan Tadau Keaamatan, bukan sahaja di sambut di setiap daerah, akan tetapi di peringkat kampung, di seluruh kawasan, asalkan kawasan itu ada penduduk daripada kaum KDM.


Bagi mengisi sambutan itu, yang paling menonjol adalah menobatkan gadis tercantik daripada kaum itu, melalui acara pencarian, Unduk Ngadau.

Gadis yang mendapat gelaran Unduk Ngadau, menggambarkan pengorbanan seorang gadis  tercantik daripada kaum itu,mengorbankan dirinya semata-mata untuk memberi sumber makanan kepada kaumnya, berbentuk padi.

Pesta Menuai atau Tadau Keaamatan, kadangkala menjadi isu politik. Contoh bagaimana pesta ini menjadi isu politik, apabila kaum itu mempolitikkan pesta itu semasa pemerintahan parti Berjaya 1976-1985.

Penukaran istilah pesta itu, kepada Pesta Rakyat, telah menjadi katalis kepada kekalahan sesebuah parti yang sedang memerintah.

Kini, pesta itu, cuba dipolitikkan semula. Kenyataan Presiden parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal, supaya pesta itu dijadikan Cuti Kebangsaan, telah mendapat reaksi daripada berbagai pihak. Ada yang menyokong, ada yang mendakwa, bahawa Shafie ketandusan isu, bagi melawan parti Barisan Nasional.

Tidak jelas, apa tujuan Shafie, menjadikan Tadau keaamatan sebagai cuti kebangsaan.? Apa kah dengan mengistiharkan cuti itu, maka Shafie mahu memaksa  rakyat seluruh negara, perlu mengiktiraf acara budaya dan adat kaum KDM?  di mana budaya dan adat itu, hanya ada di Sabah.

Kalau melihat daripada sambutan pesta itu, negara juga menyambutnya melalui Kementerian Pelacongan dan Kebudayaan negara. Malah, peruntukan daripada kerajaan negeri mahupun pusat diberikan.
Sedarkan Shafie, bahawa tiada acara adat dan budaya mendapat peruntukan daripada kerajaan, kecuali Pesta Keaamatan dan Hari Gawai.

Berbalik kepada pertanyaan, ke mana hala tuju kaum KDM pada PRU-14 Sabah? Kalaulah kaum itu melihat benar-benar keistimewaan kaum itu  yang diberikan kerajaan berbanding kaum-kaum lain di Sabah,  maka seharusnya kaum itu, menjadi tonggak depan menyokong parti  yang sedang memerintah.

Persoalannya, mengapa kaum itu berkecenderungan menolak parti yang sedang memerintah?  Pertanyaan ini, hanya boleh dijawab oleh kaum itu sendiri.

M.Rakunman
14.05.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta