PRU-14 Sabah: Rakyat Perlu Mempertahankan Kerajaan BN

Mengapa rakyat Sabah perlu pertahan kerajaan BN Sabah? 

Sebabnya kerajaan yang sekarang ini, mampu menurunkan kadar kemiskinan Sabah, kerajaan yang ada sekarang lah yang mampu meningkatkan pendapatan negeri Sabah, kerajaan yang ada sekaranglah mampu meningkatkan simpanan kewangan negeri, kerajaan sekaranglah yang mencipta pengurusan kewangan tanpa teguran daripada Ketua Audit negara, kerajaan sekaranglah yang mendapat pengiktirafan dunia dalam sistem pengurusan kewangan.


Kerajaan sekaranglah, yang  berjaya merealisasikan Lebuh Raya Pan Borneo, kerajaan sekaranglah yang mampu mengekalkan hutan simpan sehingga 30 peratus keluasan negeri, kerajaan sekaranglah yang mendapat kerjasama tinggi daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan sekarang inilah yang berjaya membina Universiti Malaysia Sabah (UMS), kerajaan sekarang inilah yang dapat menaiktaraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Sandakan, kerajaan sekaranglah yang menjadi tumpuan kedua pelancong  luar negara selepas Kuala Lumpur.


Kerajaan sekarang inilah yang menjadikan imej Sabah  harum, sehinggakan menjadi tumpuan orang luar, sehinggakan Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu, merupakan lapangan kedua tersibuk selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Kerajaan sekarang inilah yang berjaya memaksa Petronas membina kilang baja SAMUR di Sipitang, kerajaan yang ada sekaranglah berjaya membina SGOT di Kimanis, kerajaan yang ada sekaranglah yang membangung POIC, di Lahad Datu, dan kerajaan yang sekaranglah berjaya menubuhkan ESSCOM untuk menjaga ESSZONE di Pantai Timur negeri.


Kerajaan yang ada sekaranglah yang sangat prihatin pada kumpulan-kumpulan NGO dan keagamaan, sehingga ratusan juta ringgit diberikan.


Kerajaan yang sekarang inilah di mana para pemimpinnya sentiasa dekat dengan rakyat, membela rakyat, tanpa mengenal masa dan keadaan.


Kerajaan yang sekarnglah mempunyai Hala Tuju pembangunan dan Kemajuan Sabah yang menjadikan Sabah negeri maju menjelang tahun 2025.

Kalaulah, kerajaan ini memerintah Sabah lebih awal daripada tahun 1994, kemungkinan besar, negeri  ini termasuk negeri maju menjelang tahun 2020.


Sebenarnya kerajaan sekarang ini, mempunyai perancangan mapan untuk negeri, rakyat dan generasi akan datang. Atas sebab itu, rakyat negeri  ini, tiada sebab untuk menggantikan  dengan kerajaan yang hanya bersifat tikus membaiki labu.


M.Rakunman
17.05.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta