Benarkah Sabah diabaikan oleh Malaysia ?


Manfaat  Sabah Dalam Malaysia

Mengulas manfaat Sabah dalam Malaysia, perlu adil.  Tahun 1963, semasa pembentukan Persekutuan Malaysia, keadaan di Malaya dalam soal-soal kehidupan atau kemudahan, atau kadar pendidikan, berada pada kadar 50%, manakala Sabah, bermula pada kadar kurang daripada 10 peratus. Maknanya, semasa Sabah (North Borneo) merdeka, keadaan Sabah sungguh daif sekali.

Kini, selepas 50 tahun, sekurang-kurangnya, apa yang ada di Semenanjung, juga ada di Sabah, walaupun daripada segi kualti tidaklah sama, seperti lebuh raya,  lapangan terbang, MRT, LRT, akan tetapi, jika dilihat daripada segi maksud, keadaan di Semenanjung, sudahpun wujud di Sabah.  Hanya mungkin, berbeza daripada segi fasiliti, akan tetapi, jika menilai daripada segi tujuan, ianya, sama.

Soal pendidikan, di Sabah wujud proses pendidikan daripada tadika hinggalah ke peringkat universiti.  Daripada segi beli belah, ada pasar-pasar raya moden, seperti Imago, IB, Suria dan sebagainya. Daripada segi hotel, banyak hotel bertaraf 5 bintang, dalam radius 2 km di antara satu sama lain berselerak di Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama.

Berkaitan jalan raya, setiap daerah/pekan, mempunyai jalan perhubungan, malah kini, ke pulau-pulau pun, sudah terdapat perkhidmatan feri.

" Kalau mahu naik kapal terbang, bila-bila masa sahaja boleh naik kapal terbang, kecuali, daerah yang tiada lapangan terbang. Pendek kata, kemajuan Sabah, berada dalam Persekutuan Malaysia, tidak dapat disangkal, lebih banyak manfaanya berbanding keburukan. "

Apa yang rakyat Sabah mahu? pendidikan terjamin, dan ditanggung persekutuan dengan kos tidak kurang RM3.7bilion setahun. 



Soal keselamatan, kerajaan persekutuan menanggung dengan kos tidak kurang RM10 bilion setahun, soal kesihatan, kerajaan perskutuan menanggung berbilion ringgit. Malah, kerajaan persekutuan, memberi dana, melalui kementerian-kementerian tertentu, seperti KKLW, berbilion ringgit, semata-mata untuk membina kemudahan asas bagi keperluan rakyat Sabah.

Memang benar, berbagai cukai  yang dikutip  agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah, masuk ke perbendaharan negara, namun, 80 peratus daripada cukai itu, dikembalikan kepada Sabah, membiayai projek-projek pembangunan, seperti projek lebuh raya pan borneo.

Tahu kah anda, mengapa Sabah, berjaya menurunkan kadar kemiskinan, sehingga satu digit? daripada dua digit!!! Sebabnya, pendapatan Sabah yang berlegar-legar pada angka RM4bilion setahun, dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat, khususnya dalam aktiviti ekonomi, kerana Sabah tidak lagi dibebankan dengan kos-kos pendidikan, keselamatan, kesihatan, kerana semua itu dibawah tanggungan kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, jika ditilik betul-betul, kerajaan Persekutuan, bukan sahaja memenuhi obligasi kepada rakyat Sabah, malah dalam sektor-sektor tertentu, ianya sudah berlebihan. Mereka yang suka mendakwa, bahawa Sabah, tidak mendapat pembelaan, sebenarnya, mereka yang tiada maklumat, mereka yang tidak terlibat dengan pembangunan dan kemajuan Sabah.

M.Rakunman
03.05.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta