WARISAN LUMPUH !!! 1000 ahli Warisan & PKR masuk UMNO !


KENINGAU: Umno Pensiangan menafikan 2000 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal.

Ketua Penerangannya, Sakim Ibrahim berkata, mereka tidak menerima berita apa-apa tentang adanya ahli Umno yang keluar sebaliknya hanya sebilangan kecil bekas ahli Umno yang memang telah pun diambil tindakan penggantungan keahlian oleh Lembaga Disiplin Parti kerana menyokong pembangkang dalam PRU13 yang lalu.

“Kita tidak menerima maklumat tentang adanya ketua cawangan atau ahli-ahli UMNO Bahagian Pensiangan keluar parti. Memang betul ada sebilangan kecil ahli parti yang hadir tetapi sekadar mahu melihat suasana perjumpaan parti warisan.”

Mengenai tindakan Encik Ampulas Kuluhu AJK Umno Pensiangan yang telah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan, Umno Pensiangan tidak tergugat dengan tindakan beliau.

“Tindakan beliau adalah bersifat peribadi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta