Benarlah, Sekeping Gambar Membawa 1001 Makna.

Kerana gambar Datuk Shafie Apdal bersama adik kepada Jamalul Kiram III,  Agimudin Kiram yang menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu pada Februari 2013, sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan terkorban, menjadi berita muka hadapan Harian Express Sabah  25 Mei 2017.

Gambar Shafie bersama Agimudin sebenarnya telah lama dibangkitkan seawal tahun 2013 lagi, khususnya menjelang PRU-13.  Mereka yang membangkitkan itu, adalah para pemimpin pembangkang, termasuk Darell Leiking.

Di media sosial sepanjang PRU-13, para penyokong pembangkang menularkan gambar Shafie itu, dan mengaitkan beliau dengan militan sulu yang menceroboh Kg Tanduo.

Minggu lalu, seorang peguam asal Semporna Datuk Ainal Fattah, membuat kenyataan akhbar yang disiarkan Daily Express Sabah, meminta penjelasan Shafie, mengapa Presiden parti Warisan Sabah itu boleh bergambar dengan Agimudin Kiram, kerana individu itulah yang mengetuai penceroboh pengganas sulu, di Kg Tanduo, Lahad Datu.

Anial membangkitkan gambar Shafie dengan ketua pengganas sulu itu, sebagai mewakili suara akar umbi, bagi mengetahui niat Shafie sebenar, berkaitan dengan misi parti beliau, Sabah Ubah. Apa kah melalui misi itu, ada hubungkait dengan peristiwa Kg Tanduo? 

Malangnya, permintaan Anial itu, bukannya dijawab oleh MP Semporna itu, akan tetapi dijawab oleh individu di mana sebelum ini, salah seorang yang mendakwa bahawa Shafie merupakan agen kepada pengganas sulu,  adalah Darell Leiking.

Memang diantisipasi, Darell melakukan pusingan U, kerana beliau kini merupakan sekutu kuat mantan Naib Presiden Umno itu, kerana menduduki jawatan Timbalan Presiden parti Warisan Sabah.

Mengapa Darell beria-ia sangat membela Shafie, berkaitan dengan gambar Shafie dan ketua penceroboh pengganas sulu? kerana isu itu, boleh menyebabkan rakyat Sabah, khususnya kaum KDMR, akan mempertikai nawaitu Shafie yang terkandung dalam misi beliau, Sabah Ubah.

Darell terlupa, bahawa dakwaan-dakwaan beliau berkaitan bos beliau itu, masih segar dalam ingatan rakyat Sabah.

M.Rakunman
25.05.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta