Shafie Apdal Bersama Parti Warisan Tiada Uumph !!


Shafie bersama parti Warisan Sabah, hanya keseorangan, mahu mengambil alih sokongan bumiputera islam, khsusunya daripada RUMPUN USBO, yang merupakan majoriti ahli parti UMNO, malangnya beliau tiada merit dan keupayaan untuk itu, kerana ahli dan penyokong parti UMNO masih berdiri teguh di belakang parti itu.

Shafie tiada kekuatan bersaing untuk mendapatkan sokongan ahli atau penyokong parti UMNO, daripada para pemimpin yang ada sekarang, khususnya daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Musa Aman, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Salleh Tun Said, para pemimpin UMNO lain, seperti Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Abdul Ghafur Salleh, dan sokongan pertubuhan USBO kepada parti UMNO yang diterajui oleh Presiden pertubuhan itu, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Di atas kertas, nampak mudah, atas semangat politik nampak mudah, itulah perasaan penyokong parti Warisan Sabah, akan tetapi yang mahu dipengaruhi adalah rakyat yang telah melalui pengalaman politik Sabah, telah masak dengan politik Sabah, telah mahir dalam senario politik Sabah, selain telah mengalami, telah merasai asam garam politik Sabah.

" Politik bukan dilihat pada sosok individu, akan tetapi dilihat pada sokongan massa atau rakyat. "

Seseorang pemimpin politik, tidak membawa erti apa-apa, jika parti yang didokongnya, tidak mendapat sokongan massa.
Pengalaman yang pernah berlaku pada parti Berjaya dan PBS, tidak berulang pada parti Warisan Sabah, kerana isu yang mendokong kewujudan parti itu, bukan bercorak merakyat, akan tetapi kewujudan parti itu, hanya bersifat peribadi.



Penyertaaan pemimpin pembangkang melalui parti itu, seperti wakil rakyat PKR, Darell Leiking dan wakil rakyat DAP, seperti Junz Wong, kerana matlamat peribadi, bukannya atas asas perjuangan kepada rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Terlihat benar, matlamat parti Warisan, tiada perjuangan yang jelas, akan tetapi, lebih mengarah kepada mempengaruhi rakyat, supaya mereka dapat melepaskan dendam kepada pemimpin kerajaan, selain mahu mencapai hasrat peribadi.

Shafie, membawa dendam kesumatnya, mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Sebab itu, semasa beliau masih pemimpin parti UMNO dan berjawatan menteri, beliau “undermind” kepimpinan negeri, termasuk tidak mahu berbincang langsung, berkaitan dengan keperluan sebenar negeri, sedangkan kerajaan Persekutuan, telah menyalurkan berbilion-bilion ringgit menerusi Kementerian yang beliau terajui.

Akibatnya, peruntukan yang diberikan, tidak mencapai sasaran, dan bukan sahaja negeri rugi, akan tetapi rakyat Sabah.

Persoalannya, apakah rakyat atau pengundi melihat apa yang telah dilakukan Shafie? Kerana rakyat Sabah terkenal dengan sifat pragmatiknya, khususnya pengundi kaum KDM.

Walaupun, kewujudan parti Warisan Sabah tidak sama dengan latar belakang penubuhan parti Berjaya dan PBS, namun rakyat Sabah yang rentan dengan isu-isu, boleh sahaja membuat keputusan tanpa berfikir panjang, tentang untung ruginya menumbangkan kerajaan.


M.Rakunman
05.05.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta