Shafie bertanya Anifah Menjawab !!

Berkaitan dengan pertanyaan Shafie, apa sumbangan Datuk Anifah Aman, terhadap Sabah, sambil mendakwa, bahawa Anifah gagal mengurus tuntutan Filipina ke atas Sabah. 

Sebenarnya, tiada siapa pemimpin negara ini, boleh memansuhkan tuntutan Filipina ke atas Sabah, kerana tuntutan itu sebahagian daripada perlembagaan negara itu.

Tiada Presiden Filipina yang sanggup mengubah perlembagaan negara itu, termasuk Duterte, kerana senjata itu, kerap digunakan  oleh setiap pemimpin negara itu, untuk mendapat sokongan rakyat negara itu. Sebagai contoh, semasa Duterte bertanding Presiden Filipina, beliau membuat kenyataan, bahawa Sabah Milik Filipina, walaupun kenyataan itu mengundang protes Malaysia, akan tetapi, isu itu boleh mendapat sokongan daripada rakyat negara itu.

Sebenarnya, kalau mengikut piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, setiap negara yang menjadi anggota pertubuhan dunia itu, maka telah mengiktiraf semua wilayah dalam negara berkenaan, maknanya, tiada lagi sebarang negara boleh menuntut wilayah itu. Oleh kerana Sabah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bermula pada 16 September 1963, maka mulai daripada tarikh itu, semua tuntutan daripada mana-mana pihak, secara automatik telah gugur.

Pada perjumpaan di Kg Langkawit, Papar, dengan jelas, Shafie masih berhujah, bahawa jika parti Warisan Sabah menang PRU-14, maka akan menubuhkan Kementerian Pendidikan.  Apa yang tidak diberitahu, bagaimana mendapatkan sumber kewangan sebanyak RM3.7bilion setahun? Apakah Kementerian persekutuan yang mengawal pendidikan, akan menyalurkan kewangan sejumlah itu kepada Kementerian pendidikan negeri, hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak kerajaan negeri, dan seterusnya ada wakil rakyat yang menjadi Menteri Pendidikan?

Shafie lupa, semasa beliau menjadi menteri KKLW, satu senpun peruntukan yang disalurkan melalui kementerian itu, tidak diberikan kepada Kementerian serupa di peringkat negeri. Jadi, bagai mana Shafie boleh menganggap, jika ada kementerian di peringkat negeri yang mengawal pendidikan, maka kementerian Persekutuan akan memberikan dana? Hujah Shafie itu, hanya hujah angan-angan, dan tidakpun praktikal.

Berkaitan dakwaan Presiden parti Warisan itu, kononnya 95% hasil minyak dan gas diambil persekutuan. Lagi-lagi dakwaan ini adalah dakwaan karut, kerana operasi minyak dan gas, hanya mencipta keuntungan 15%. Daripada keuntungan itu, maka dibahagi rata, antara kerajaan Negeri, Persekutuan dan Petronas.

Shafie cuba menipu rakyat, dengan hujah-hujah yang bohong, dan tindakan beliau itu, hanya menghalalkan cara, demi matlamat politik. Shafie tahu dan sedar, beliau tidak rugi apa-apa apabila bercakap bohong dan menipu.

M.Rakunman
26.5.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta