BN ada Sumbangan kah di Sabah ?



Benarkah Kerajaan Bn ada sumbangan di negeri Sabah ? Apa sumbangan BN di negeri Sabah yang sebenarnya ? Mari kita baca adakah benar BN ada menyumbangkan sesuatu kepada negeri Sabah...

Sekadar menyebut beberapa pencapaian kerajaan negeri :-

Kerajaan BN  menurunkan kadar kemiskinan Sabah dengan Sangat Ketara daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 3.9% pada tahun 2014. Antara usaha Kerajaan Negeri yang berjaya adalah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ), pelaksaan Geran Komunal, Agropolitan (Tongod) selain daripada bantuan-bantuan khas seperti PPRT dan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, warga emas, OKU, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Pada Mac 2006, YAB Ketua Menteri mengumumkan sebarang aktiviti pembalakan di Sabah akan dihentikan sama sekali bermula pada 31 Disember 2007. Sebanyak 53% atau kira-kira 3.9 juta hektar tanah telah diwartakan sebagai Hutan Rizab. Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk mengekalkan 30% atau 2.2 juta hektar kawasan terlindung. Ia kini telah mencapai hamper 1.9 juta Hektar (kira-kira 26%) dan dirancang akan mencapai sasaran dalam tempoh lima (5) tahun lagi.

Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya menyiapkan pengukuran 57 Geran Komunal dengan jumlah keluasan 24,016 hektar di seluruh Sabah. Pengukuran ini telah dijalankan sejak 2012 lagi. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah berjaya menyelesaikan pengukuran 9,037 Lot Pendudukan Individu dengan jumlah keluasan 15,138 hektar yang melibatkan 73 kampung di seluruh Sabah.

Dalam usaha mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ialah melalui penerusan perintah berkurung iaitu dari pukul 7 malam sehingga 5 pagi di tujuh (7) daerah iaitu di Sandakan, Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, dan Beluran. Pada tahun 2014 sebanyak 17,700 telah dihantar balik dan jumlah ini meningkat hamper 28,000 pada tahun 2015. Setakat ini sebanyak 54,941 PATI yang dihantar pulang sepanjang tahun 2014 sehingga mei 2016.

Sabah mencatatkan peningkatan dalam perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebanyak 5% setiap tahun ke tanggga ke enam bagi seluruh Malaysia dalam tahun 2015. Bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti IKS, kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan SME Corp melalui program-program di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dirancang dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).



Di sabah, usaha untuk membangunkan modal insan dilaksanakan selaras dengan keutamaan RMK10 (2011-2015) ialah dengan menaiktaraf program pendidikan teknikal latihan dan vokasional, menaiktaraf kualiti pendidikan awal kanak-kanak, membangunkan dan menyelenggara fasiliti pendidikan rendah dan menengah, mengukuhkan institusi pendidikan tinggi awam, meningkatkan kualiti tenaga kerja, pembangunan belia serta penglibatan wanita dalam ekonomi.

Kerajaan negeri Sabah menyasarkan pembangunan 20,000 unit rumah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh Sabah. Projek PR1MA di Kinarut merupakan satu dari beberapa kawasan yang dikenalpasti kesesuaiannya untuk pembangunan perumahan termasuk di Sandakan, Tawau, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Papar dan Beaufort. Di Kinarut, sebanyak 502 unit apartmen akan dibina daripada 8,683 unit rumah pelbagai jenis yang telah diluluskan.

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan perkhidmatan rel ke Utara dan Timur negeri Sabah. Mengikut rekod JKNS, bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan rel pada tahun  2016 ialah sebanyak 494,638 orang dengan jumlah perjalanan sebanyak 6,170.

Kawasan Pembangunan Peranian Bersepadu (IADA) yang terletak di Kota Belud dibangunkan bagi meningkatkan pengeluran padi seluruh negeri. Pertanian padi menerima subsidi tertinggi oleh kerajaan dengan RM2,007 setiap hektar untuk baja dan bahan kimia dan tambahan RM300 setan sebagai insentif apabila dijual kepada kilang yang diselia kerajaan.

RM10 juta Dana Khas (over and over above) daripada peruntukan sedia ada telah diberikan untuk memperkasa pembangunan belia dan kecemerlangan sukan. Ia memberi manfaat kepada 682 buah pertubuhan  belia dan sukan di seluruh Negeri Sabah yang meliputi seramai 798,400 orang belia tempatan.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah dimulakan pada Mac 2016 yang melibatkan tiga pakej iaitu Jalan Donggongon-Papar (sejauh 11.7km), Jalan Tawau-Semporna (dari km45 hingga km49.7) dan Jalan Lahad Datu Bypass (sejauh 7.1km). ketiga-tiga pakej ini melibatkan jarak sejauh 23.5km.
Pihak kerajaan telah berjaya mewartakan Taman Tun Mustapa pada 19 Mei 2016. Taman yang berkeluasan 898.76 ribu hektar ini merupakan taman marin terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di rantau Asia. Ia merupakan antara inisiatif berterusan kerajaan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri Sabah.

Kerajaan telah melaksanakan beberapa program untuk menyeragamkan harga berangan keperluan bersubsidi Gula Minyak Masak dan Tepung Gandum (GMT), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Coop1 Malaysia dan FAMA di Sabah.

Simpanan kewangan negeri senantiasa kukuh, di mana jumlahnya senantiasa berlegar-legar pada angka RM3 bilion.

Kadar pembangunan negeri yang berada dalam landasan betul seperti mana dirancang melalui Halatuju Pembanguan dan Kemajuan Negeri Sabah (Halatuju) dan diperkirakan pada tahun 2025, Sabah akan lepas landas sebagai negeri maju.

Ramai pemimpin Sabah diberi peranan di peringkat Pusat termasuk menteri-menteri kanan seperti kementerian yang disandang Datuk Seri Salleh Said Keruak, Dato' Sri Anifah Aman, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Seri Madius Tangau.

Komitmen yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk memajukan Sabah agar sejajar dengan pembangunan dan kemajuan Semenanjung.


Zainal D
06.05.2017




Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta